Alhamdulillah bersyukur kehadrat
ilahi kerana telah memberi kesempatan & ruang sedikit kepada ku untuk berkongsi travelog perjalan kembara dan menjelajah kg
orang asli post tuel gua musang kelantan dalam misi membantu dan membangunkan
kg orang asli menjadi sebuah tempat pengeluar sektor pertanian dan ternakan
sejajar dengan matlamat kerajaan negeri kelantan untuk menjadikan kelantan
sebagai sebuah Negeri Jelapang Makanan Negara Menjelang 2015.
Setelah berlaku berberapa masalah dan terpaksa di ‘postpone’ dan akhirnya tarikh 20-21/11/2011 dipilih oleh Exco Pertanian, Industri Kecil dan Bioteknonogi Yb Che Abdullah B Mohd
Nawi bagi melaksanakan program lawatan kerja dan bantuan kepada orang Post Tuel di Gua Musang Kelantan.
Program yang julung-julung kali
melibatkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini telah melibatkan berberapa agensi
kerajaan & bukan kerajaan seperti Jabatan Orang Asli, Jabatan Pertanian
Negeri, Jabatan Perikanan Negeri, Polis diraja Malaysia, Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) dan berberapa agensi yang lain.
Aku ditugaskan oleh pihak Exco untuk menguruskan barang-barang sumbangan kepada orang asli iaitu 20 ekor kambing, 2 unit mesin gergaji model MS281, 2 unit mesin gergaji model MS361, 2 unit Mesin rumput Tanaka 338, 2 unit Pam Racun Yamano dan 200 set hamper bagi seluruh orang asli post tuel dan berberapa post lain.
Walaupun program ini hanya
berlangsung selama 2 hari namun aku
merasakan program ini adalah antara program yang paling memenatkan aku
dan aku terpaksa menahan demam semata-mata untuk menguruskan program ini dan memastikan ia berjalan dengan baik.
Banyak peristiwa dan kejadian
yang dapat aku nukilkan sebagai kenangan paling ‘manis’ didalam program ini seperti aku dan ustaz faizal
terpaksa memindahkan barangan-barang hamper sebanyak berpuluh-puluh kotak dari rumah aku di
Kg Sireh Istana Kota Lama kedalam Lori 3 tan ditengah-tengah jalan yang tengah
sesak, Kisah dimana lori Jabatan Hal Ehwal orang asli yang tiba2 terpaksa menurunkan barang-barang sumbangan di
HANDROP gua musang kerana trek jalan yang terlalu teruk, kisah dimana aku dan Ustaz Faizal terpaksa bermalam di
Bengek Baiki LORI & pacuan 4X4 milik abg ki di Kuala Betis kerana membungkus Hamper
program, Kisah Break Ford Everest 4x4 yang panas & berasap dan
banyak kisah2 yang lain yang aku menganggapkan ia sebagai ‘Kenangan terindah’
Program untuk kali ini.
Break Ford Everest menjadi PANAS & BERASAP setelah melalui Jalan bukit Lojing. Kesan muatan berat.
Ford Everest XLT 4x4 yang panas berasap. Simpang Jalan Lojing-Handrop-Post Tuel
Acara membungkus hamper bermula (Jam 10mlm)
Sambungan acara bungkus Hamper di Bengkel baiki kereta Kuala Betis. (2pagi)
Aku juga ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli; En Zamzuri, En Ghafur, Cik Wan Salbiah yang sudi ‘berpeluh’ keringat membantu ku menguruskan barang-barang hantaran termasuk sumbangan Pengangkutan Lori 3 Tan dan juga jana kuasa elektrik ‘jenerator’ untuk program ini. Syukran Jazilan buat kalian. Semoga Allah membalas jasa dan sumbangan kalian =)
Tidak dilupakan buat rakan
sejawat Saudara Ustaz Faizal Adnan (Ustaz Ja) yang banyak membantuku
menguruskan program ini dengan jayanya disamping berjaya ‘menawan’ trek jalan
balak Post Tuel dengan pacuan 4x4 Ford Everest dengan jayanya. Semoga Cepat2
kahwin yea ustaz Ja =)
Rombonga selamat sampai di Kg
Orang Asli Post Tuel Gua Musang sekitar Jam 10.30 pagi dan disambut oleh berberapa
agensi yang telah masuk lebih awal seperti wakil penduduk, jawatan kuasa orang
asli dan pihak ABIM bagi menguruskan persediaan tempat dan aturcara majlis.
Perjalan dari Simpang Belau menuju ke Handrop. Disini bermula jalan bukit yang menguji break setiap pacuan 4 roda.
Keadaan cuca yang tidak menentu sehari dua ini membimbangkan para rombongan namun Aku syukur pada ALLAH swt yang telah memberikan kelancaran perjalanan serta cuca yang agak baik pada hari program melancarkan lagi perjalanan perjalanan program.
Keadaan cuca yang tidak menentu sehari dua ini membimbangkan para rombongan namun Aku syukur pada ALLAH swt yang telah memberikan kelancaran perjalanan serta cuca yang agak baik pada hari program melancarkan lagi perjalanan perjalanan program.
Jalan dari simpang Handrop menuju ke Kg Orang Asli Post Tuel. Disini bermula 4X4
YB Che Abdullah sempat menunaikan solat sunat dhuha di masjid terbuka orang asli yang dibina daripada sumbangan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kg Bharu Kuala Lumpur dan juga berberapa sumbangan pihak yang lain. Sebelum acara penyampai sumbangan pihak kerajaan kepada wakil penduduk orang asli post tuel, YB Che Abdullah telah mengadakan lawatan ke berberapa tapak pertanian disekitar Kg orang asli post tuel bagi meninjau potensi dan bentuk bantuan lanjutan yang diperlukan oleh penduduk dan koprasi orang asli post tuel gua musang.
Kambing-kambing dipindahkan daripada Lori ke dalam HILUX (2 seat) untuk melalui jalan seterusnya. Trek bukit.
Rumah penduduk Orang Asli Gua Musang Kelantan.
Kawasan Kampung orang asli di awal perjalanan. Perjalan dari Handrop ke Post Tuel mengambil masa selama 1 jam dengan trek jalan lumpur dan berbukit.
Antara trek jalan menuju tapak Program.
Rombongan yang diketuai oleh YB Che Abdullah mengadakan lawatan ke tapak-tapak projek pertanian.
Penduduk Orang asli Post Tuel dan Post2 yang berhampiran yang hadir ke Majlis. Majoriti Penduduk Orang Asli Post Tuel beragama Islam.