Followers

19 September 2011

KISAH PEMUDA BERIBU BAPAKAN BABI



KISAH PEMUDA BERIBU BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke  Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa  sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

                Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah  orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab  dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah  mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan  mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan  akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah  memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah  itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu  di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina  yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?,  kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

                Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor  babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasihsayang.  Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

                Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah..
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",
sambungnya.

                "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka  ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang  sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh  disisi Kami."

                Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini  juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga  ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

                Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagai mana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

        Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

                Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

SO kepada semua pembaca entri ni,. Semua dah tahu dah kan, IBU BAPA ni tak boleh dicari ganti .. Bukan boleh beli kat kedai spare part atau hardware  atau jugak kat mana2 tempat Jusca, Tesco, Mydin, KB MALL, KELCHEFF or kat mana2.. So hargailah mereka.. Kepada yang sudah kehilangan IBU BAPA tuh sama2 kita DOA akan mereka 'aman' di sana.. Dan kepada mereka yang IBU BAPA masih hidup tuh.. sayangi mereka sebelum terlambat...Ha!, seperkara lagi, kepada rakan2 yang sudah berkerja & mempunyai pendapatan tu, BANTU2 & TOLONG2 lah ringankan beban mereka, for sure lah mereka x mintak, tapi paham2 lah sebagai seorang anak bila lagi kita nak bantu diorangkan.. Takkan bila dah jadi jutawan dulu kan baruuuuu lah boleh tolong ibu bapa.. Mereka x pernah mintak pun, tapi kalau kita meberi masyallah, x ternilai kegembiraan mereka.. Syukran.. May ALLAH bless US.. AsSalAmUaLAIAkum..(^_^)

Errr.., Ni bukan Mintak duit RAYA yea..Ni mintak MAAF di hari RAYA..
mY beloved parent.. I LuV U all So MuCh & i proud to be ur son  (^_^)



No comments: