Followers

16 December 2008

Adoi!!!!!!!!! Panas!!!!! Panas!!!! (Siri Panas yang ke-2)

AKU STRESSS!!!!!.... TOLONG????

i. Loghat Utara vs Pantai Timur

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara
loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.

Loghat Utara:
Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.

Loghat Pantai Timur (kelate):
Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

.... Pengumuman: cerita ini tidak ada mengena antara "asobiah kenegerian" Walaupun ana sendiri orang kelantan HUAH HUAH HUAH.....

Pengajarannya: Tinggal atau kawin lah dengan orang kelantan.. dengan cara itu kita dapat betulkan gigi yang yang takde itu dengan gigi palsu.. atau tukar pipi tu dengan gigi baru settle masalah tadi..


ii. Katil Maut

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka... . Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

Pengajaranya: jangan lah guna Vacume.. guna lah penyapu sampah, lagi jimat coast..sekarang musim gawat..Ekonomi tak menentu, harga minyak mahal walaupun harga dah turun sikit.. so apa lagi?? HIDUP PENYAPU!!!! BOIKOT VACUM!!!!!...slogan: "Hidup Jimat Doktor Tak Pening".


iii. Fawwazramadonuoi bin nursyabrimat – Saksi ke 3

watak penting: 1) Kadi: Sohibusamahah Al fadhil Ustaz Nur ilham sallehah

2) Penganting Lelaki- Fammazramadonuai bin nursyabrimat.

3) Penganting Perempuan- Polan bint ipolanah

Di sebuah majlis akad nikah,...pengantin lelaki bernama Fawwazramadonuoai bin nursyabrimat (budak jaga lembu kg E - bukan nama sebenar) :

Kadi : Fawwaz...Berlaku perkara yang tak diingini..

Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2x ya Fawwazramadonuoi bin nursyabrimat... ."Aku nikahkan akan dikau dengan Polan binti Polanah dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"

Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polanah dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)

Saksi Pertama : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)

Saksi Kedua : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)

Saksi Ketiga : errrrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... . pitching berterabur ke laut... keluar acuan terus, jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak pulak... takde kawalan.. sepatutnyaa ditahan... kasi sustain... falseto lemah... improvisation R&B awak tak menjadi... burok benor bunyinyee... teknik ramify pun tak mantap... bunyi macam orang nak berak jerr... . satu jer yg saya suka... awak ade ciri2x seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!


Pengajaranya: Join lah kumpulan nasyid UMS "Karya Charma" untuk betulkan pitching tu..


vi. Pertunjukan Lawak

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.


"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.


"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.


"Tidak..", jawab wanita itu.


"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati


"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? "

Pengajarannya: Sahabat sahabat sekalian.. sama2 kita bermuhasabah diri.. jangan suka mentertawakan orang lain hahahahahahahaha!!!!

RESOLUSI:Cara terbaik untukmencari ketenangan adalah dengan berzikir dan mengigati ALLAH, seperti mana dalam surah al-ra'ad ayat 28 yang bermaksud "“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”... ambillah pengajaran yang baik daripada kisah2 diatas,jangan dok ambil yang buruk lah yea kalau ada benda yang buruk yang dinyatakan tu..

Sekian kalam ''Kisah Panas Siri 2'' dari EKSAH E 08/09.. nantikan kisah panas siri yang ketiga.. moga ketemu lagi INSYALLAH..TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Assalamualaikum.

08 December 2008

“KARYA CHARMA”



“Qasidah Alam”… ini lah tajuk utama lagu nasyid Universiti Malayasia Sabah yang dibawa ke pertandingan Nasyid Universiti-universiti pengajian tinggi awam.. walaupun UMS tidak berjaya untuk ke pertandingan akhir pertandingan tersebut, namun ia juga satu kejayaan bermakna bagi UMS yang telah mendapat pangkat “Anugrah Perdana” yang mana ia merupakan satu satunya universiti yang Berjaya mendapat anugrah tersebut daripada Universiti yang tidak mendapat tempat untuk ke peringkat akhir..


Menurut makluman daripada seorang jawatan kuasa pengajur Karnival Nasyid tersebut, yang juga merupakan PA (Personal Assistance) UMS, Universiti Malaysia Sabah mendapat rangking yang ke-9 daripada 15 Universiti dimalaysia yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia).


Untuk penganjuran kali ini Universiti Teknologi Malaysia(UTM) terpilih sebagai penganjur untuk karnival MAKUM'08 kali ini.


Gambar sebelum berlepas ke Johor. Dari kiri: Faiz, Syah, Ilham & Adi

Sesi bergambar untuk setiap universiti selepas sesi taklimat pada hari yang pertama..

Sesi cabutan undi dilakukan dan untuk saringan yang pertama UMS mendapat giliran yang ke-5 untuk saringan yang pertama.



Rakan Borneo.. semasa sesi saringan pertama UMS ditempatkan bersama dengan kumpulan dariapada Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS).. Kumpulan daripada Unimas ini kebanyakanya terdiri darpada 'ORANG2 LAMA' dalam bidang nasyid ini..serta banyak mewakili universiti malaysia sarawak untuk ke pertandingan2 besar anjuran IPTA tempatan..



Duduk bersela dihadapan yang memakai songkok dan tali leher berserta Tag Nama seperti gambar disebelah ini merupakan Pengarah Program karnival nasyid MAKUM08 ini, beliau merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UTM(MPPUTM) dan merupan ahli kumpulan Voice Of Man yang menyertai Akademi Nasyid anjuran TV9....


Semasa di JOHOR, kami sempat pergi melawat ke berberapa tempat yang menarik dan juga menjadi tanda atau mercu sejarah bagi negeri JOHOR antaranya seperti di masjid sultan Abu Bakar, Muzium Negeri johor, Danga Bay dan juga Plaza Angsana yang menjadi Venue akhir untuk pertandingan nasyid MAKUM 08 ini...


Pemandangan yang diambil di Masjid Abu Bakar. Gambar disebelah kiri adalah gambar dari arah belakang masjid yang merupakan mercu tanda sejarah awal negeri JOHOR pada pemerintahan zaman kesultanan melayu JOHOR dahulu..


Gambar diambil dibelakang masjid yang berlatarkan pemandang negara Jiran iaitu SINGAPURA...


Gambar didalam Masjid Abu Bakar di ruangan untuk berehat bagi jemaah yang hadir

Kemudian kami pergi melawat satu lagi tempat yang paling bersejarah untuk negeri Johor iaitu Muzium negeri Johor.

Disana terdapat banyak artifak2 sejarah serta barang2 kebesaran bagi negeri Johor. Disana juga terdapat istana negeri Johor yang lama... Wauu!!



Seterusnya Venue kemuncak yang menjadi tempat pertandingan akhir nasyid MAKUM 08 ialah di Plaza Angsana Johor Bharu... kat sini ramai artis2 dan orang kenamaan yang turun memberi sokongan ke Pertandingan Nasyid ini antaranya Kumpulan FAR EAST yang meupakan jemputan khasuntuk persembahan pada majlis penutup..



Turut hadir juga anggota kumpulan DEVOTEES yang turut memberi sokongan..



Berbaju Hitam... Ahli kumpulan FAR EAST yang baru.... baru dikenali hehe gurau sahaja.. Kumpulan Far East mempersembahkan 3 buah lagu, antaranya "Ahla Bina", lagu baru: "Exporasi" dan " Menanti Di Barzakh"