Seorang pemuda
baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian
di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.
Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2
meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua
dengan anaknya.
di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.
Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2
meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua
dengan anaknya.
Anak : Ibu..
Ibu : Hmmm ?
Anak : BU !
Ibu : APA ?
Anak : Mmm, Ibu ... tadi saya ke masjid dengar
ceramah..
Ibu dengarlah ni !
Ibu dengarlah ni !
Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah
sibuk memasuk
kan
benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu
sudah
nak rabun...
Anak : Bu !
Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?
Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal
jilbab. Katanya
pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai
pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai
jilbab. Boleh tak Bu..?
Ibu : Jangan ...
Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.
Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,Bu.
Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...
Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya..
memakai jilbab kerana kerana
kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..
memakai jilbab kerana kerana
kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..
Ibu : TIDAK !
Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita
bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat
Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian,
bukan trend baru-baru ini aja.
Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata..
JANGAN !
JANGAN !
Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau
saya tetap akan
pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan,
jangan,
JANGAN
!!!
Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI
JILBAB. MUKTAMAD!
Ibu : JANGAN !
Anak : JILBAB !
Ibu : JANGAN !
Anak : JILBAB !!
Ibu : J A N G A N !!!
Anak : J I L B A A A A A A B !!!!
Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia
terus keluar
bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk ....namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...
bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk ....namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...
Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH!
KAMU
KAN LAKI-LAKI.....
Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah
yang longlai
(hehehe, serius tul baca nampak..??!!
Apa-apa pun yang sebagai seorang manusia yang beriman kepada ALLAH swt tidak
akan terlepas atau lari daripada hokum hakam yang telah ditetapkan oleh sang
pencipta.. DIA tahu apa yang terbaik utk setiap hambanya..
Mengapa manusia perlu menutup aurat?
Dan mengapa urusan berpakaian ini tidak diserahkan kepada manusia?
Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah pencipta kita, Dia lebih mengetahui perihal
hambaNya lebih daripada hambaNya mengenali dirinya sendiri. Jika urusan pakaian
ini diserahkan kepada manusia, nescaya ia boleh membawa kepada kerosakan. Kita
lihatlah sendiri, sedangkan hukum pun telah ditetapkan, ramai wanita yang
hampir sahaja bertelanjang di luar sana, apatah lagi jika hukum ini diserahkan
kepada manusia. Setiap insan, baik lelaki mahupun wanita, perlulah berpegang
teguh dengan pakaian syar’ie iaitu cara penutupan aurat yang telah ditetapkan
oleh Allah. Tidak semestinya perihal berpakaian ini termasuk urusan keduniaan,
maka kita sewenang-wenangnya boleh melanggar perintah ini. Seperti yang kita
sedia maklum, Islam merupakan agama yang meliputi urusan akhirat dan dunia.
Oleh itu, ketaatan merupakan suatu kewajipan bagi kita terhadap kedua-dua jenis
urusan ini, baik ukhrawi mahupun duniawi.
Sikit ambo nok berkongsi dgn rakan2 ..Aurat diambil dari perkataan Arab
'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan
sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari
pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan
membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini
akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk
dijadikan renungan dan tatapan bersama.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah
al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di
rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh
orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah
zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah
(perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan
perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan
hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup
aurat adalah WAJIB sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat
dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari
diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka
aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba
merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara
sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat
tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang
bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
Wahh..Kan CANTIK kalau saudari menutup AURAT kan.. Dapat
pujian makhluk dunia & makhluk di langit lagi.. ALLAH pun sayang..selamat beramal yea.. (^_^)
No comments:
Post a Comment