PESANAN AKHIR SEBELUM KE TALI GANTUNG..
Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku
Dan Kau Sirami Pusaraku Dengan Air
Matamu
Maka Diatas Tulang-Tulangku Ini
Yang Hancur Luluh
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini
Dan..
Teruskan Perjalanan Ke Gerbang Jaya
Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan
Mendapat Kekasih Yang Sedang Merindu
Taman-Taman Syurga Tuhanku Bangga
Menerimaku
Burung-Burungnya Berkicau Riang
Menyambutku
Bahagialah Hidupku Dialam Abadi
Saudara!
Puaka Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah Rohku Terbang Mendapat Rindunya
Janganlah Gentar Berkelana Dialam Abadi
Nun Disana Fajar Sedang Memancar..
(Ditulis Berberapa Ketika Sebelum
Menemui Syahid...)
-Assyahid
Sayyid Qutb
-Assyahid
Sayyid Qutb Pengarang Tafsir Fi Zilalil Quran.
“Wahai ayahku! Ku tujukan tulisan ini kepada rohmu. Aku
masih kecil ketika engkau menanamkan ke dalam jiwaku rasa takut kepada hari
akhirat. Tidak pernah engkau mengherdikku, namun engkau mempamerkan hidupmu
didepanku. Hari akhirat menjadi perhitungan dan peringatanmu, dihati dan
lidahmu. Engkau bersungguh menunaikan hak orang keatas mu, namun engkau
berlebih kurang dengan hakmu keatas orang lain, kerana engkau takut kepada hari
akhirat. Engkau memaafkan kesalahan orang, walau engkau mampu membalasnya,
lantaran mengharapkan ia menjadi kifarat di Akhirat. Engkau selalu
mengenetepikan keperluanmu agar mendapat ganjaran diAkhirat. Wajahmu terbayang
diungatanku, setiap kali kita selesai makan malam, engkau membacakan Al-Fatihah
dan engkau menujukan kepada roh kedua ibubapamu dinegeri akhirat. Dan kami
anak-anak mu yang kecil turut bersamamu membacanya, terputus disana sini kerana
kami masih belum menghafalnya”
–Karya Assyahid Sayyid Qutb.
No comments:
Post a Comment