Anjing Liar Hormati Tubuh Mulia Zainab Al-Ghazali
Alhamdulillah Ku panjat syukur pada MU ya allah diatas segala nikmat yang telah
engkau berikan kepada diriku. Awan & langit yang mendung sekitar Negeri
Kelantan disusuli Hujan renyai-renyai menambahkan lagi hiba dan pilu kesedihan
diatas pemergian seorang pejuang Islam negeri kelantan Saudara Kamarulzaman Abdullah pada
tarikh duka 11.11.2011 dalam kemalangan
maut jam 2pagi di Kilometer 68 Paloh Gua Musang Kelantan setelah pulang membawa
Misi Jihad & Dakwah demi menuntuk Hak dan Kebenaran Negeri Kelantan.
Namun yang pergi tetap pergi kerana sudah suratan takdir Allah
lebih menyayanginya, namun kita yang masih Hidup perlu teruskan sisa & baki
perjuangan beliau.
Aku masih teringat akan kata-kata seorang Mujahid Islam Agung
Ikhwanul muslimin As-syahid Dr.Abdullah Azam yang menyebut’
“Saya tidak akan meninggalkan Jihad
kecuali dengan 3 alasan. Pertamanya, saya terbunuh di Afghanistan. Kedua, saya
terbunuh di Peshawar, Ketiga atau saya keluar dari afghanistan dengan kedua
tangan saya digari”.
Seorang yang sangat merindukan syahid dijalan Jihad, telah
tertanam dalam akar umbi sinaran obor dakwah dalam diri As-syahid Dr.Abdullah
Azam sehinggalah beliau menemui syahid oleh ledakan bom dengan bahan api
berkuasa tinggi (Jenis TNT seberat 20Kg) pada 24 November 1989 bersama-sama
anak lelaki nya Syeikh Tamim Adnani (Sang Perwira Afghanistan). Dua tahun
selepas kelahiran ku didunia.
As-syahid Dr Abdullah Azam
Alhamdulillah aku
diberi ruang masa & kekutan sedikit oleh Allah swt untuk berkarya sambil
menungu waktu petang untuk agenda mesyuarat bersama Cikgu Fadzli dari
terengganu.
Tirai Anugrah Industri Muzik Tanah Air (AIM18) telah berakhir
semalam dengan pelbagai katogari dan pencalonan yang dipertandingkan. Ramai
yang mengenali Jejaka Kacak & tampan Anuar Zain yang mengungguli katogari Persembahan Vokal
Terbaik AIM18. Namun ku yakin ramai sekali anak muda tidak mengenali malah mengetahui
pun tentang kisah Abdul Qader Awdah
Hakim yang digantung MATI kerana mempertahankan islam.
Aku yakin ramai yang mengenali dan mengetahui Yunalisa, gadis cantik molek telah mendominasi 3 kejuaran lagu terbaik AIM18, malah telah menjadi siulan ramai para jejaka malaysia dengan kecantikan dan kelunakan suara si gadis cantik molek ini. Tetapi ku yakin ramai dikalangan kita tidak mengenali malah mengetahui pun kisah Zainab Al-Ghazali Mujahidah Yang Penjara, disikasa, diaib malah pernah disajikan dengan anjing pemburu hanya demi berjuang untuk mempertahankan Islam.
Siapa tidak kenal akan artis tersohor Sheila Majid yang mengungguli
Sususna Muzik....
Terbaik AIM13 semalam. Namun aku cukup yakin tidak ramai dikalangan anak muda mengenali Hasan At-turabi Mentor Dakwah Si Sebalik Tirai Besi, pejuang yang mampu merobah dimensi penjara sebagai tempat tahanan menjadi syurga para ilmuan.
Terbaik AIM13 semalam. Namun aku cukup yakin tidak ramai dikalangan anak muda mengenali Hasan At-turabi Mentor Dakwah Si Sebalik Tirai Besi, pejuang yang mampu merobah dimensi penjara sebagai tempat tahanan menjadi syurga para ilmuan.
Aku ingin berkongsi kisah ringkas yang mungkin sedikit
bermanfaat untk kita kongsikan bersama khusus dikalangan manusia yang bergelar “MUSLIMAH”.
Tidak ramai yang mengenali SIAPAKAH ZAINAB AL-GHAZALI kan??. Ya mungkin di kesibukan waktu
kerja dalam mencari harta dunia ramai manusia tidak ambil peduli cakna lagi
akan kisah-kisah para mujahid dan mujahadah yang telah terkorban demi
mendaulatkan agama dan bangsa. Mungkin ayat-ayat sinis sebegini yang mungkin kita
akan dengar;
“Err macam pernah dengar tapi x tahu
plak siapa?? Siapa ek??
“OO.. Siapa zainab al-ghazali tu yea?
Artis baru ka? Filem apa dia berlakon?..
“Maaf lah saya tak tahu menahu sangat
sal2 agama ni, maklumla saya ni sibuk dengan kerja, Saya kan Pegawal, banyak
kerja nk kena buat, nk naik pangkat cepat kan! !” ...
Kata-Kata sebegini mungkin akan terkeluar dari mulut
masyarakat umum. Ramai sekali akan mengenali artis pujaan dan kesayangan mereka.
“Fanatic Fans” . Sebab itulah manusia semakin hari semakin jauh dari agama.
Semakin tidak mengenali tuhan mereka.
Program-program rekrut manusia jahil agama tumbuh macam
cendawan lepas hujan. Mungkin tidak pelu ku senaraikan disini hakikat yang
perlu kita terima;
SEMAKIN HARI SEMAKIN RAMAI MANUSIA SESAT & JAHIL AGAMA
& TAK BERAMAL DENGAN ISLAM!!
Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili;
Kata-kata agung beliau yang pernah mengoncang dunia para sang
suami & para mujahid;
“....Mari kita berjanji, sepenuhnya antara lelaki &
wanita, wanita pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan
dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah,
maka perkahwinan kita akan tamat. Tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam
diriku....”
Untaian hikmah dari Al-marhum Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili
buat bakal Suami sebelum mendirikan Istana Cinta telah menggegarkan sang suami
akan penting agenda Dakwah Islam yang harus dikembangkan.
Dilahirkan dibumi yang dibuka zaman Moyangnya menjaadi
khalifah Islam. Mesir iaitu berkat dengan peninggalan para Nabi menjadi saksi
kelahiran mujahidah agung ummat ini. Lahir di Buhaira, Mesir pada 1917. Bayi
perempuan yang berketurunan Saidina Umar (r.a) ini rupa-rupanya adalah lambang
perjuangan sejati muslimah moden dalam mengharungi keperita hidup berjuang.
Kisah deritanya menghadapi rejim Thoghut pimpinan Presiden
Jamal Abdel Naseer diabdikan sendiri dengan penanya didalam kitab “Hari-Hari
Dalam Kehidupanku” setelah berkali-kali dirayu agar menjadi tatapan mithali
buat pejuang ikhlas. Hidupnya tidak pernah sunyi dari menikmati kemanisan
derita perjuangan. Beliau teruja dengan pelbagai siksaan ngeri dipenjara azab
rejim Toghut itu.
Tubuh pernah dijamu buat anjing garang yang kelaparan namun
selamat sejahtera dilindungi lembayung rahmat Tuhan KekasihNya. Anjing yang
ganas berubah senyap menghormati jasad pejuang agung ini.
Bukan sahaja binatang berdiam diri berhadapan denganya malah
lelaki jahat yang diarah melahap tubuhnya jua menyerah tidak sanggup menodai
wanita suci jelmaan sahabiah rasul ini. Pernah menganggotai Gerakan Wanita
Mesir diusia remajanya pada tahun 1936. Matlamat perjuangannya tidak sesuai
dengan jiwanya, telah menggerakkan hatinya menubuhkan (Jamaah Muslimat).
Seorang yang tegas dalam memperjuangkan agama Allah dan tidak
takut dengan ugutan serta intimidasi pihak berkuasa Mesir. Bertujuan untuk membebaskan golongan wanita
daripada tersu berada Jahiliah Moden
yang mudah diperbodoh & diexploitasi oleh kuffar.
Berbekalkan ilmu yang ditimba daripada ayahndanya yang amat
mencintai Islam, beliau telah menggerakkan ahli-ahli Jamaah Muslimah agar
menjadi pembela-pembela agama Allah kerana ia telah menjadi mangsa kerakusan
manusia-manusia berhati ANJING yang melihat Islam sebagai agama yang benar
dalam pentadbiran Negara.
Usaha Zainab Al-Ghazali telah berputikketika umurnya mencecah
18 tahun. Pada 19 september 1946 gerakan ini telah di HARAM kan oleh Jamal
Naser.
Beliau telah ditangkap pada tahun 1965, dibicara pada 1966
dan dihukum penjara selama 25 tahun. Namun beliau dibebaskan pada tahun 1971
semasa Anwar Sadat menggantikan Jamal setelah kematianya. Allah telah
membalaskan pengkhianatan Jamal Naseer terhadap pendokong Ikhwanul Muslimin
dengan Kekalahan Kerajaan Mesir pimpinannya kepada Israel dan sekutunya dalam
perang tiga serangkai pada 1967.
Zainab Al-Ghazali & Hamidah Qutb (Adik Syed Qutb) Gambar Semasa Dipenjara Mesir
Ketika mendekan didalam penjara militer beliau mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan seperti direndam dalam air separas dengan leher, diberi makanan yang kotor, ditakutkan dengan gertakan, malah hampir diperkosa oleh earder penjara. Namun Allah memberi kekuatan kepada beliau untuk mempertahankan maruah & agama.
Beliau disebat, dihina, dan diaibkan namun semunay tidak
berbekas kepada Zainab Al-Ghazali. Beliau sepenjara dengan Hamidah Qutb (Adik
Syed Qutb).
Selepas bebas dari penjara Zainab Kembali aktif , pidato
lantang dan segar menyedarkan para pemuda dan pemudi serta membimbing kerah
redho Allah. Beliau terkenal juag sebagi penulis dengan Karya Agung buku “Return Of Pharaoh” yang telah
diharamkan oleh kerajaan mesir dan telah ditujukan khas kepada perdana menteri
ketika itu.
Pengabdian kepada umat Islam dan umat sentiasa dikenang
dengan penuh penghargaan, kasih & kecintaan. Setelah 88 tahun menabur budi
& jasa, Almarhum Zainab Al-Ghazali dijemput pulang ke pangkuan ilahi pada
tanggal 3 Ogos 2005.
Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat dan disolatkan
dimasjid Rabi’atul Adawiyyah. Namun tetap segar dilubuk hati setiap pejuang
agama walaupun telah pergi menemui kecintaan abadi Tuhan Sekalian Alam.
Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili ( 1917-2005)
Selagi masih diberi Peluang oleh Allah swt,Pintu taubat dari Allah masih terbuka luas. Sedangkan Saidina Umar yang penuh dengan kezaliman dosa semasa dizaman jahiliah mampu merubah dimensi baru kehidupan sebagai pendokong islam yang ulung. Tidak ada istilah terlambat kerana sejarah negara juga pernah terukir insan2 yang tersedar dari lamunan cinta dunia kepada dan kembali bertaut pada kemanisan IMAN & HIDAYA ALLAH swt.
Tahniah Buat Kalian. Teruskan ke Gerbang Jaya :)
No comments:
Post a Comment