ALLAHYARHAM KAMARULZAMAN KANAN (1979-2011)
Saudara!
Seandainya
Kau Tangisi Kematianku
Dan
Kau Sirami Pusaraku Dengan Air Matamu
Maka
Diatas Tulang-Tulangku Ini
Yang
Hancur Luluh
Nyalakanlah
Obor Buat Umat Ini
Dan..
Teruskan
Perjalanan Ke Gerbang Jaya
Saudara!
Kematianku
Adalah Suatu Perjalanan
Mendapat
Kekasih Yang Sedang Merindu
Taman-Taman
Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku
Burung-Burungnya
Berkicau Riang Menyambutku
Bahagialah
Hidupku Dialam Abadi
Saudara!
Puaka
Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan
Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah
Rohku Terbang Mendapat Rindunya
Janganlah
Gentar Berkelana Dialam Abadi
Nun
Disana Fajar Sedang Memancar..
Anggota Exco kerajaan negeri
Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan, pegawai khasnya, Allahyarham
Kamarulzaman Abdullah, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Paloh
kira-kira 2.30 pagi tadi sebagai wira royalti.
Menurutnya, semua urusan
tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah
demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.
“Allahyarham seorang pegawai
saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini.
"Dia yang banyak
menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira termasuk sahabatnya yang
turut cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya.
Husam berkata demikian ketika
ditemui selepas solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di Kampung Kota, di
sini tengahari tadi.
Selepas itu, jenazah dibawa ke
Masjid Kampung Kota untuk disolatkan kali ketiga sebelum di kebumikan di
perkuburan Islam Tok Panjang, dekat sini.
Sebelum ini Husam sendiri
mengimamkan solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di sini.
Allahyarham berkhidmat sebagai
pegawai khas kepada Husam sejak tiga tahun lalu.
Allahyarham merupakan Ketua
Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu, Anggota Exco Pemuda PAS Negeri serta
beberapa lagi jawatan lain.
Allahyarham Kamarulzaman, 32,
terlibat dalam kemalangan maut ketika kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero
yang dinaikinya, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40
jalan Kuala Krai-Gua Musang
Ketika itu mereka dalam
perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat
Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran
royalti semalam.
Bagaimanapun, dua orang lagi
rakannya Penolong Pengurus Sumber Manusia PKINK Mohd Roslan Mohd Zain cedera
dikepala pegawai di Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ridwan Elias hanya
cedera ringan.
Roslan yang juga suami kepada
kakitangan Harakah Cawangan Kelantan (Noraisiah Deraman), mulanya dirawat di
Hospital Kuala Krai kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan
Zainab ll, Kota Bharu manakala Ridwan kini dibenarkan pulang.
Ketua Pemuda PAS Kelantan,
Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang turut hadir pada majlis pengebumian itu
mengucapkan takziah pada anggota keluarga.
“Semoga Allah menempatkan
allahyarham di tempat orang yang soleh,”ujarnya.
Turut menziarahnya Anggota
Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga Ketua Dewan Muslimat
PAS Pusat.
Allahyarham Kamarulzaman
adalah bekas pelajar sekolah Maahad Muhammadi dan merupakan ketua pengawas pada
tahun 1997. Semasa beliau belajar di USM beliau adalah Presiden Gamis tahun
2001.
Sumber Daripada Harakah Daily &
Aktivis GEGAR.
Kepada yang masih HIDUP, ayuh teruskan PERJUANGAN.. Kerana nun disana 'CAHAYA' sedang 'MEMACAR'..
MEREKA-MEREKA YANG ZALIM PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN KELAK!!!!!
HANYA MASA YANG AKAN MENENTUKAN!!!
2 comments:
Saya telah kehilangan seorang sahabat & teman dlm perjuangan ini.
"Puaka Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah Rohku Terbang Mendapat Rindunya" Semoga Roh Kamarulzaman bersama2 para syuhada' & para pejuang yang lain..
Post a Comment