Assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh..setelah sekian lama menyepi alhamdulillah hari ni dapat saya rajin kan diri untuk memetik jari jemari menulis Blog yang sudah lama bersarang labah-labah ni. Al-maklum sajalah dengan tugasan dan aktiviti dikampus Universiti Malaysia Sabah yang agak sedikit padat ”mengoyakkan" semangat untuk berkongsi ilmu,pengalaman & jgk aktiviti2 Dakwah di bumi Allah ni.
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 5 tahun 2010 dah umur kita makin meningkat sejajar dekatnya dengan "Kematian" so sama2 lah kita meningkatkan amalan kita ni untuk meraih cita2 mengapai "Mardhotillah" atau pun anugrah redhoallah swt. Kat dalam dunia ni banyak sangat nikmat ALLAH swt yang ALLAH dah berikan kepada kita. Segala2nya adalah milik ALLAH swt yang maha mencipta. Sebab itulah dia panggil sebagai "AL-KHALIQ" yang bermaksud yang Maha Mencipta. Manakala kita sebagai manusia yang lemah ni kita digelarkan sebagai "AL-MAKHLUK" yang dicipta.
Memang wajarlah kalau secara logik nya kalu kita yang buat sebuah Handphone(perumpamaan mudah) mestilah kita ini mengetahui handphone ciptaan kita itu terdapat kelebihan dan kekurangan atau kelemahan. Orang yang guna Handphone tidak akan terlebih mengetahui daripada orang yang membuat Handphone tersebut. So that why lah orang yang guna atau memiliki handphone tersebut akan diberikan "Plan Manual" penggunaan handphone dengan baik & selamat. kalulah takda plan manual, saya rasa "Hancur Handphone tu tak sampai sebulan..mana tak nya sekiranya pengguna tersebut mengecharge bateri slama berbelas2 jam sedangkan tempoh masa mengecharge bateri adalah maksimum 4 jam contoh mudahnya 4 jam lah.
Oleh itu kesimpulan mudah saya nak nyatakan disini manusia ni bergantung harap kepada ALLAH. Takda yang paling berkuasa melainkan ALLAH. Dah lah kita ni menumpang dibumi dia, so tak yah lah kita nak berlagak sombong samseng dan takabur pada ALLAH. Kerana takabbur2 ni adalah “pakaian” ALLAH swt. AL-MUTAKABIR yang bermaksud yang maha besar.
So hari saya nak berkongsi sedikit pengalaman yang mugkin nampak takda apa sangat lah tapi bila difikirkan balik (bak kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu menyebut) “setiap bendo ni kalu kito buat kerano ALLAH dio akan jadi ibadah. Tak kirolah gapo sekali pon Semayenyo, posonyo, jual belinyo, menikohnyo segalo2nyo ake jadi ibadah kalu ikot islam”
Gambar 1. Air Nikmat Allah Tak Terkira Harganya.
Alhamdulillah baru seminggu memulakan latihan praktikal (Latihan Industri) di Jabatan Air Kelantan. Saya ditempatkan di lojI Rawatan Air Kg Chicha Kubang Kerian. Setelah seminggu dapatlah sedikit ilmu baru serta pengalaman bersama rakan2 baru dan jugak kawan lama satu matrik & sekolah dulu. kebetulan diorang ni pun dapat di tempat yang sama. Kat sini dapat lah sikit2 pengalaman mcm mana air yang manusia dok guna seharian ini dirawat.
Kalau kita renung sejenak hidupan manusaia ni takleh lari daripada air. Kalau nak masak, nak minum, nak memabasuh, nak ambil air sembahyang, nak madi, nak hidup semuanya adalah memerlukan air. Penting tak penting try ah satu minggu hidup kita tanpa air boleh tak??? ish Tak yah lah lama sangat kot satu minggu tu 3 hari cukup lah try takda air. Saya rasa lah nak kata conform jamin tu tak lah tapi mungkin kering tinggal tulang kering jak lah. Tubuh manusia kan memerlukan bendalir ahli sains kata manusia boleh hidup 1 minggu tanpa makanan dengan syarat ada air. Tapi manusia takleh hidup satu minggu tanpa air walaupun ada makanan. Betul ka tidak Wallahu’allam. Tapi pun begitu persoalan sini, berapa ramai manusia yang BERSYUKUR atas nikmat yang diberikan oleh ALLAH ni. Dah lah kita guna air milik orang lain punya, tak ucap terima kasih(syukur) dengan “TUAN”nya plak tu, pastu buat samseng dengan tuan yang milik air tu plak. Apa benda jenis manusia lah kita ni yea. Alllahurabbi.
So hari ni nak cerita sikit ringkas2 ja lah sal proses rawatan air serta pengajaran disebalik kehidupan manusia yang bergelar MUSLIM. Air untuk kegunaan domestik yang kita perolehi daripada tanah/telaga kena diproses terlebih dahulu. Kena ditapis dirawat. Tak semua yang dapat tu benda baik. Yang tak baik mcm pathogen, bahan kimia merbahaya & bendasing tu kena tapis lah. Perumpamaan mcm hiburan yang masuk dalam Negara kita nilah. Kalau yang melanggar syarak kena lah ditapis dan ditentang tapi kalau yang bercirikan nilai2 kerohanian serta msg2 moral yang baik cth mcm puisi & nasyid sebagainya boleh lah dibenarkan malah disokong lagi. Air yang nak digunakan dalam hidupan mesti capai standard piawai yang ditetapkan WHO (piawai WHO)
Gambar3. Proses Asas Perawatan Air
Standard 10 perkara yang kita kena tau dalam loji perawatan air ni;
I. Tempat kemasukan air (water intake)
II. Penapisan (screening)
III. Pra-pengenapan (pre sedimentation)
IV. Pengudaraan (aeration)
V. Pelembutan (water softening)
VI. Flokulasi & pengumpalan (sama dengan sedimentation)
VII. Penurasan (filtration)
VIII. Penyahjangkitan/disifeksi (Disinfection)
IX. Pengapuran (liming)
X. Pemfluoridaan (fluoridation)
Firstly air yang diperolehi daripada tanah (untuk loji chichi sumber air air tanah/telaga sahaja) akan dimasukkan kedalam satu tangki. Ditangki tersebut dipasang “penapis kasar” & “penapis halus”. Biasanya ia akan dipasang kat bahagian kemasukan air. Tujuannya sebab nak tapis @ singkir objek besar macam sampah sarap & sebagainya. Pentingnya proses ni supaya ia tak menyumbat peralatan dalam loji ni. Contoh perumpamaan dalam hidup manusia ni, “penapis besar” kita tu kita ibaratkan seperti iman kita. Imam nak tapis segala benda buruk meliputi segala2 nya lah (firman ALLAH swt “sesungguhya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan keji & jgk mugkar”). Kalu penapis halus ni umpama seperti warta & undang2 mengharamkan terus benda yang merlanggar hukum2 ALLAH swt.. kalu ikut suruhan ALLAH conform semua masalah SETTLE.
Gambar4. "Filter Control Console"
Kemudian next process adalah pra pengenapan (prasedimentation) adalah untuk menyimpang sementara air mentah (raw water) sebelum proses utama bermula. Tangki ini diperlukan sekiranya air mentah ni terlalu kotor. Tujuan dia nak kasi zarah yang kasar (cth mudah pasir lah) supaya terenap. Proses seterusnya adalah aeration process (pengudaraan). Proses ini bertujuan nak singkirkan ion Fe dan ion Mn. Reka bentuk peringkat pengudaraan ini (air mengalir masuk melalui rintangan tangga atau sebagai air terjun kecil dengan penggunaan aerator). So cara mc mini akan meningkatkan paras oksigen didalam air. Kalau ado oksigen proses pengoksidaan berlaku dan seterusnya dapat lah kita singkirkan Fe & Mn dari larutan ni.
Fe (II) - Fe (III) ; Mn (II) -Mn (IV)
Fe (III) & Mn (IV) akan termendak.
Gambar5. Kolam Penapisan Air Rawatan.
Kalau di loji air di Kg Chicha ni air yang diperolehi adalah air daripada tanah & telaga. So kandungan Mn & Fe adalah sedikit tinggi berbanding dgn air sungai. Ada alternative untuk mempercepatkan tindak balas yang saya belajar iaitu dengan menambahkan bahan pengoksidaan kimia iaitu Kalium permangganat & jgk Klorin. Proses pengoksidaan Ferum & Mn menghasilkan ion H+ dan dengan itu pH boleh menurun (menjadi asid) itu pu kalau lah bahan bes atau alkalinity adalah tak banyak @ terhad.
Proses pelembutan air yang juga panggil jgk sebagai “Water Softning”. Sekiranya ”Raw water” dalah bersifat keras (standard normal sekitar 0-60 mg/L CaCO3) tapi kalu > 60 tu adalah keras lah so kena lembutkan. Ia dilakukan secra pemendakkan (Precipitation)atau gak dengan cara pertukaran ion (ion exchange).
Sedimentasi adalah merupakan proses mengasingkan koloid atau pepejal terampai (menurunkan turbiditi). Proses ini adalah perlahan dan depend dgn saiz partikel @ zarah (boleh baca huku stoke saya pun lupa dah mcm mana??) . But dalam loji, this process mesti kita cepatkan. Coz ramai yang nak pakai air kan. The first step in the sedimentation process adalah penambahan dan percampuran dos tertentu bahan gumpal (chemical coagulant). Bahan ni akan membentuk flok atau pun kita panggil sebagai agregat (kelompok partikel halus) yang lebih mudah & cepat terenap.
Fokus utama dalam proses ini untuk memastikan semua bendalah yang tak diperlukan ni terenap. So akhirnya air yang dah dimasukkan dengan bahan flokulan dibiarkan mengalami sedimentasi @ penegenapan. Bahan gumpal yang utama biasa digunakan adalah alum (tawas) iaitu aluminium sulfat. Kalu nak describe pasal reaction semasa “sedimentation process” ni panjang lah plak nanti. Tapi kita ada alternative lain jgak untuk ganti kanAlO3 ni. Contoh yang bleh kita guna adalah FeCl3.
Gambar6. Ampaian yang terbentuk.
Kemudian proses seterusnya adalah penurasan (filtration). Sebelum ini kita dah tambahkan alum & ia akan membentuk flok. So dalam proses ni filtration ni plak kita nak tapis flok atau gumpalan pepejal yang masih ada dalam air tersebut. System penurasan yang digunakan adalah lapisan pasir (0-.5-1.0 m tebal). Dia ada 2 jenis yang cepat & yang lambat. Tapi yang perlahan lagi baik sebab ia boleh baiki kita punya kualiti mikrobiologi bagi air terawatt tersebut.
Dan yang terakhir sempat saya nukilkan disini adalah prosess akhir iaitu “Disifection” atau disifeksi. Proses ini sangat penting coz untuk nak memastikan air yang dirawat tersebut itu bebas daripada bahan patogen atau makhluk asing. Bahan disifeksi ini biasa digunakan adalah klorin tapi kena BERHATI2 . Kerana klorin ini adalah sangat beracun. Ringkas tindakbalas yang boleh saya ceritakan disini dalam proses “Chlorination” Adalah yang pertamanya klorin Ini adalah unsur drp kump 17 ( tak sure, lupa dah kump berapa??) So ia sangat reaktif. Klorin digunakan dalam bentuk klorin bebas (free chlorine) sbagai hipoklorit. Kedua2 adalah agen pengoksidaan yang kuat. Bila kena air jadi Hipokloros & asid hidroklorik. Dan akan terurai. Mekanisma proses ni panjang sikit so saya x tau semua Cuma stakat ni ja lah yang tau, tapi panjang lagi sebenarnya.
Gambar7. Petunjuk Amaran Klorin.
Bayangkanlah banyak proses kita nak kena tapis supaya ia selamat diminum oleh seluruh hidupan. Dalam HIDUPAN KITA pun mcm tu jgk kalu kita follow betul2 ajaran ISLAM yang sebenar serta MANUAL teladan yang telah ditunjukkan oleh RASULULLAH. InsyALLAH Conform selamat. Akhirul kalam sekia sedikt perkongsian ilmu dan pengalaman “erti hidup dengan menberi”. semoga bertemu lagi di lain2 nukilan akan dating insyALLAH.. assalamualikum.
Gambar 8. Proses Ujian Mn,Cl, iron dan penentuan pH air terawat (every 4 hours time interval)
AKAN DATANG!!..(ceramah mingguan pagi Jumaat bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) insyALLAH..TUNGGUUuuuu..
1 comment:
Assalamualaikum... bagus la kamu wak blog ni bleh promo lra chicha & aksb hehe.. tapi tulis yg ok dah ye.. semoga ia menjadi contoh kpd yg lain.
from yusmiey lra chicha.
Post a Comment