Followers

22 May 2010

KULIAH MINGGUAN PAGI PAGI JUMAAT TUAN GURU

KULIAH MINGGUAN PAGI JUMAAT BERSAMA TUAN GURU (21/5/2010)




Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada allah swt diatas rahmat & kasih satang yang diberikan dapatlah kita menyedut udara & oksigen pemberian ALLAH swt yang tidak terkira nilainya. Setelah lama “merindui” saat untuk mendengar secara langsung Kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat kerana berada “Jauh Di perantau” bersama negeri di “BAWAH BAYU” namu kali ini saya tidak melepaskan peluang untuk mendegar Kulaih mingguan pagi jumaat bersama beliau. Namun sebelum Tuan Guru menyampaikan kuliah tafsir beliau slot pagi nya telah diisi oleh Ustaz Nik Ammar selaku pengkuliah sesi yang pertama sebelah pagi. Masih segar diingatan saya mendegar kata-kata seorang peminpin yang masyhur dinegara kita ini “Nak cari orang alim ni ramai saudara!. Nak cari orang pandai sains, pandai matematik pandai agama ni ramai dah. Kat mana-mana tempat pun ada sekarang. Tapi tuan-tuan!, nak cari PEMIMPIN yang MENGAMALKAN cara hidup islam, penuh amanah serta sangat bersederhana dalam hidupnya ni sangat sedikit tuan-tuan. Saya tidak pernah jumpa pemimpin seperti ini kecuali seorang pemerintah (MB) dinegeri kelantan”.



Kuliah pagi yang disampaikan oleh ustaz nik ammar telah menaikan semangat para hadirin untuk jatuh cinta dengan ilmu-ilmu agama. Sungguh menarik isi yang dibincangkan. Bayak pokok dan isu semasa yang dihuraikan. Salah satu daripada topic perbincangan adalah menyentuh kepada perlaksanaan islam yang sebenarnya. Ulama’ atau mufti tak seharusnya berdiam diri atau suka membuat fatwa atau kenyataan yang boleh hanya hendak menjaga periuk nasi semata mata “Kalu orang cakap sal politik dalam masjid Mufti kata haram, pah kalau orang yang mengeluarkan lesen judi tu kenapa kita tak kata benda tu haram plak? Sedangkan judi ni ALLAH “kapuh”(dialek Kelantan yang bermaksud Gabungkan) dengan ayat arak dan nyatakan didalam al-quran HARAM HUKUMnya. Rasulullah rancang strategi di masjid, meeting dimasjid, ceramoh di masjid, bagi zakat dimasjid segala2nyo di masjid, bukan nyo wak smaye dga ngatib sajo” jelas Ustaz Nik Ammar. Alhamdulikkah banyak input pemahaman dan kesedraan yang dapat diambil dari ceramah yang disampaikan oleh ustaz Nik Ammar tersebut.


Kemudian Kuliah yang seterusnya sangat dinantikan oleh para hadirin yang membanjiri perkarangan jalan Dato pati denpan kedai jaafar rawas tersebut iaitu Kuliah Tafsir yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya memohon maaf kerana kali ini terlupa untuk membawa pen & kertas catitan untuk isi yang disampaikan. Tetapi banyak kefahaman yang dapat diambil antara yang dapat saya kongsikan disini yang telah disebut oleh Tuan Guru adalah mengenai pemimpin besar untuk manusia iatu Rasulullah swt yang merupak contoh dan teladan yang terbaik yang semestinya diikuti oleh seluruh umat manusia. “Rasulullah ni ketuo negeri, ketua Negaro ketua dan pemimpin..sebagai seorang pemimpin kita yang kena cakap hal agama ko orang. Tugas sampaikan agamo ni buka kijo ustaz, orang2 tuo, orang alim ulama' sajo, hok sepatutnyo hok kena depan sampai hal agamo ni peminpin. Rasulullah tu pemimpin dio ceramoh dio laksanakan dasar2 islam dia samapikan kebenaran tapi lain pulok pempin zaman loni” sedikit kata2 daripada Tuan Guru yang masih diingatan saya. InsyALLAH semoga intipati yang amat berguna ini diambil dan dipelajari dan dikongsikan bersam “Tegakkan Jihad Cintakan Syahid, Senyum Mujahid Menuju Syahid”





KATA2 seorang Tokoh Pemimpin masyhur: "Sedara Nak cari orang alim ni ramai saudara!. Nak cari orang pandai sains, pandai matematik pandai agama ni ramai dah. Kat mana-mana tempat pun ada sekarang. Tapi tuan-tuan!, nak cari PEMIMPIN yang MENGAMALKAN cara hidup islam, penuh amanah serta sangat bersederhana dalam hidupnya ni sangat sedikit tuan-tuan. Saya tidak pernah jumpa pemimpin seperti ini kecuali seorang pemerintah (MB) dinegeri kelantan”...subhanALLAH..

No comments: