Followers

25 November 2011

KEMBARA KAMPUNG ORANG ASLI POST TUEL GUA MUSANG KELANTAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana telah memberi kesempatan & ruang sedikit kepada ku untuk berkongsi  travelog perjalan kembara dan menjelajah kg orang asli post tuel gua musang kelantan dalam misi membantu dan membangunkan kg orang asli menjadi sebuah tempat pengeluar sektor pertanian dan ternakan sejajar dengan matlamat kerajaan negeri kelantan untuk menjadikan kelantan sebagai sebuah Negeri Jelapang Makanan Negara Menjelang 2015.

Setelah berlaku berberapa masalah dan terpaksa di ‘postpone’ dan akhirnya tarikh 20-21/11/2011 dipilih oleh Exco Pertanian, Industri Kecil dan Bioteknonogi Yb Che Abdullah B Mohd Nawi bagi melaksanakan program lawatan kerja dan bantuan kepada orang Post Tuel di Gua Musang Kelantan.

Program yang julung-julung kali melibatkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini telah melibatkan berberapa agensi kerajaan & bukan kerajaan seperti Jabatan Orang Asli, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perikanan Negeri, Polis diraja Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan berberapa agensi yang lain.

Aku ditugaskan oleh pihak Exco untuk menguruskan barang-barang sumbangan kepada orang asli iaitu 20 ekor kambing, 2 unit mesin gergaji model MS281, 2 unit mesin gergaji model MS361, 2 unit Mesin rumput Tanaka 338, 2 unit Pam Racun Yamano dan 200 set hamper bagi seluruh orang asli post tuel dan berberapa post lain.

Walaupun program ini hanya berlangsung selama 2 hari namun aku  merasakan program ini adalah antara program yang paling memenatkan aku dan aku terpaksa menahan demam semata-mata untuk menguruskan program ini dan memastikan ia berjalan dengan baik.

Banyak peristiwa dan kejadian yang dapat aku nukilkan sebagai kenangan paling  ‘manis’ didalam program ini seperti aku dan ustaz faizal terpaksa memindahkan barangan-barang hamper sebanyak berpuluh-puluh kotak dari rumah aku di Kg Sireh Istana Kota Lama kedalam Lori 3 tan ditengah-tengah jalan yang tengah sesak, Kisah dimana lori Jabatan Hal Ehwal orang asli yang tiba2 terpaksa menurunkan barang-barang sumbangan di HANDROP gua musang kerana trek jalan yang terlalu teruk, kisah dimana aku dan Ustaz Faizal terpaksa bermalam di Bengek Baiki LORI & pacuan 4X4 milik abg ki di Kuala Betis kerana membungkus Hamper program, Kisah Break Ford Everest 4x4 yang panas & berasap dan banyak kisah2 yang lain yang aku menganggapkan ia sebagai ‘Kenangan terindah’ Program untuk kali ini.

Break Ford Everest menjadi PANAS & BERASAP  setelah melalui Jalan bukit Lojing. Kesan muatan berat.

Ford Everest XLT 4x4 yang panas berasap. Simpang Jalan Lojing-Handrop-Post Tuel

  Acara membungkus hamper bermula (Jam 10mlm)

Sambungan acara bungkus Hamper di Bengkel baiki kereta Kuala Betis. (2pagi)

Aku juga ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli; En Zamzuri, En Ghafur, Cik Wan Salbiah yang sudi ‘berpeluh’ keringat membantu ku menguruskan barang-barang hantaran termasuk sumbangan Pengangkutan Lori 3 Tan dan juga jana kuasa elektrik ‘jenerator’ untuk program ini. Syukran Jazilan buat kalian. Semoga Allah membalas jasa dan sumbangan kalian =)

Tidak dilupakan buat rakan sejawat Saudara Ustaz Faizal Adnan (Ustaz Ja) yang banyak membantuku menguruskan program ini dengan jayanya disamping berjaya ‘menawan’ trek jalan balak Post Tuel dengan pacuan 4x4 Ford Everest dengan jayanya. Semoga Cepat2 kahwin yea ustaz Ja =)

Rombonga selamat sampai di Kg Orang Asli Post Tuel Gua Musang sekitar Jam 10.30 pagi dan disambut oleh berberapa agensi yang telah masuk lebih awal seperti wakil penduduk, jawatan kuasa orang asli dan pihak ABIM bagi menguruskan persediaan tempat dan aturcara majlis.

Perjalan dari Simpang Belau menuju ke Handrop. Disini bermula jalan bukit yang menguji break setiap pacuan 4 roda.

Keadaan cuca yang tidak menentu sehari dua ini membimbangkan para rombongan namun Aku syukur pada ALLAH swt yang telah memberikan kelancaran perjalanan serta cuca yang agak baik pada hari program melancarkan lagi perjalanan perjalanan program.

Jalan dari simpang Handrop menuju ke Kg Orang Asli Post Tuel. Disini bermula 4X4

YB Che Abdullah sempat menunaikan solat sunat dhuha di masjid terbuka orang asli yang dibina daripada sumbangan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kg Bharu Kuala Lumpur dan juga berberapa sumbangan pihak yang lain. Sebelum acara penyampai sumbangan pihak kerajaan kepada wakil penduduk orang asli post tuel, YB Che Abdullah telah mengadakan lawatan ke berberapa tapak pertanian disekitar Kg orang asli post tuel bagi meninjau potensi dan bentuk bantuan lanjutan yang diperlukan oleh penduduk dan koprasi orang asli post tuel gua musang.

Kambing-kambing dipindahkan daripada Lori ke dalam HILUX (2 seat) untuk melalui jalan seterusnya. Trek bukit.

Rumah penduduk Orang Asli Gua Musang Kelantan.

Kawasan Kampung orang asli di awal perjalanan. Perjalan dari Handrop ke Post Tuel mengambil masa selama 1 jam dengan trek jalan lumpur dan berbukit.

Antara trek jalan menuju tapak Program.

Rombongan yang diketuai oleh YB Che Abdullah mengadakan lawatan ke tapak-tapak projek pertanian.

Penduduk Orang asli Post Tuel dan Post2 yang berhampiran yang hadir ke Majlis.  Majoriti Penduduk Orang Asli Post Tuel beragama Islam.

13 November 2011

ANJING LIAR HORMATI TUBUH ZAINAB AL-GHAZALI (1917-2005)

Anjing Liar Hormati Tubuh Mulia Zainab Al-Ghazali

Alhamdulillah Ku panjat syukur pada  MU ya allah diatas segala nikmat yang telah engkau berikan kepada diriku. Awan & langit yang mendung sekitar Negeri Kelantan disusuli Hujan renyai-renyai menambahkan lagi hiba dan pilu kesedihan diatas pemergian seorang pejuang Islam negeri kelantan Saudara Kamarulzaman Abdullah pada tarikh duka 11.11.2011  dalam kemalangan maut jam 2pagi di Kilometer 68 Paloh Gua Musang Kelantan setelah pulang membawa Misi Jihad & Dakwah demi menuntuk Hak dan Kebenaran Negeri Kelantan.

Namun yang pergi tetap pergi kerana sudah suratan takdir Allah lebih menyayanginya, namun kita yang masih Hidup perlu teruskan sisa & baki perjuangan beliau.
Aku masih teringat akan kata-kata seorang Mujahid Islam Agung Ikhwanul muslimin As-syahid Dr.Abdullah Azam yang menyebut’

“Saya tidak akan meninggalkan Jihad kecuali dengan 3 alasan. Pertamanya, saya terbunuh di Afghanistan. Kedua, saya terbunuh di Peshawar, Ketiga atau saya keluar dari afghanistan dengan kedua tangan saya digari”.


Seorang yang sangat  merindukan syahid dijalan Jihad, telah tertanam dalam akar umbi sinaran obor dakwah dalam diri As-syahid Dr.Abdullah Azam sehinggalah beliau menemui syahid oleh ledakan bom dengan bahan api berkuasa tinggi (Jenis TNT seberat 20Kg) pada 24 November 1989 bersama-sama anak lelaki nya Syeikh Tamim Adnani (Sang Perwira Afghanistan). Dua tahun selepas kelahiran ku didunia.

 As-syahid Dr Abdullah Azam

Alhamdulillah aku diberi ruang masa & kekutan sedikit oleh Allah swt untuk berkarya sambil menungu waktu petang untuk agenda mesyuarat bersama Cikgu Fadzli dari terengganu.

Tirai Anugrah Industri Muzik Tanah Air (AIM18) telah berakhir semalam dengan pelbagai katogari dan pencalonan yang dipertandingkan. Ramai yang mengenali Jejaka Kacak & tampan Anuar  Zain yang mengungguli katogari Persembahan Vokal Terbaik AIM18. Namun ku yakin ramai sekali anak muda tidak mengenali malah mengetahui pun tentang kisah Abdul Qader Awdah Hakim yang digantung MATI kerana mempertahankan islam.


 Aku yakin ramai yang mengenali dan mengetahui  Yunalisa, gadis cantik molek telah mendominasi 3 kejuaran lagu terbaik AIM18, malah telah menjadi siulan ramai para jejaka malaysia dengan kecantikan dan kelunakan suara si gadis cantik molek ini. Tetapi ku yakin ramai dikalangan kita tidak mengenali malah mengetahui pun kisah Zainab Al-Ghazali Mujahidah Yang Penjara, disikasa, diaib malah pernah disajikan dengan anjing pemburu hanya demi  berjuang untuk mempertahankan Islam.    

Siapa tidak kenal akan artis tersohor Sheila Majid yang mengungguli Sususna Muzik....

11 November 2011

SAJAK KHAS BUAT PEJUANG ROYALTI KELANTAN (ALLAHYARHAM KAMARULZAMAN ABDULLAH) (1979-2011)


 ALLAHYARHAM KAMARULZAMAN KANAN (1979-2011)

Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku
Dan Kau Sirami Pusaraku Dengan Air Matamu
Maka Diatas Tulang-Tulangku Ini
Yang Hancur Luluh
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini

Dan..
Teruskan Perjalanan Ke Gerbang Jaya

Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan
Mendapat Kekasih Yang Sedang Merindu
Taman-Taman Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku
Burung-Burungnya Berkicau Riang Menyambutku
Bahagialah Hidupku Dialam Abadi

Saudara!
Puaka Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah Rohku Terbang Mendapat Rindunya

Janganlah Gentar Berkelana Dialam Abadi
Nun Disana Fajar Sedang Memancar..

Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan, pegawai khasnya, Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Paloh kira-kira 2.30 pagi tadi sebagai wira royalti.

Menurutnya, semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini.

"Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira termasuk sahabatnya yang turut cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya.

Husam berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di Kampung Kota, di sini tengahari tadi.

Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Kampung Kota untuk disolatkan kali ketiga sebelum di kebumikan di perkuburan Islam Tok Panjang, dekat sini.

Sebelum ini Husam sendiri mengimamkan solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di sini.

Allahyarham berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Husam sejak tiga tahun lalu.

Allahyarham merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu, Anggota Exco Pemuda PAS Negeri serta beberapa lagi jawatan lain.

Allahyarham Kamarulzaman, 32, terlibat dalam kemalangan maut ketika kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero yang dinaikinya, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang

Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti semalam.

Bagaimanapun, dua orang lagi rakannya Penolong Pengurus Sumber Manusia PKINK Mohd Roslan Mohd Zain cedera dikepala pegawai di Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ridwan Elias hanya cedera ringan.

Roslan yang juga suami kepada kakitangan Harakah Cawangan Kelantan (Noraisiah Deraman), mulanya dirawat di Hospital Kuala Krai kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu manakala Ridwan kini dibenarkan pulang.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang turut hadir pada majlis pengebumian itu mengucapkan takziah pada anggota keluarga.

“Semoga Allah menempatkan allahyarham di tempat orang yang soleh,”ujarnya.

Turut menziarahnya Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Allahyarham Kamarulzaman adalah bekas pelajar sekolah Maahad Muhammadi dan merupakan ketua pengawas pada tahun 1997. Semasa beliau belajar di USM beliau adalah Presiden Gamis tahun 2001.

Sumber Daripada Harakah Daily & Aktivis GEGAR.

Kepada yang masih HIDUP, ayuh teruskan PERJUANGAN.. Kerana nun disana 'CAHAYA' sedang 'MEMACAR'..

MEREKA-MEREKA YANG ZALIM PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN KELAK!!!!!
HANYA MASA YANG AKAN MENENTUKAN!!!