Followers

25 November 2011

KEMBARA KAMPUNG ORANG ASLI POST TUEL GUA MUSANG KELANTAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana telah memberi kesempatan & ruang sedikit kepada ku untuk berkongsi  travelog perjalan kembara dan menjelajah kg orang asli post tuel gua musang kelantan dalam misi membantu dan membangunkan kg orang asli menjadi sebuah tempat pengeluar sektor pertanian dan ternakan sejajar dengan matlamat kerajaan negeri kelantan untuk menjadikan kelantan sebagai sebuah Negeri Jelapang Makanan Negara Menjelang 2015.

Setelah berlaku berberapa masalah dan terpaksa di ‘postpone’ dan akhirnya tarikh 20-21/11/2011 dipilih oleh Exco Pertanian, Industri Kecil dan Bioteknonogi Yb Che Abdullah B Mohd Nawi bagi melaksanakan program lawatan kerja dan bantuan kepada orang Post Tuel di Gua Musang Kelantan.

Program yang julung-julung kali melibatkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini telah melibatkan berberapa agensi kerajaan & bukan kerajaan seperti Jabatan Orang Asli, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perikanan Negeri, Polis diraja Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan berberapa agensi yang lain.

Aku ditugaskan oleh pihak Exco untuk menguruskan barang-barang sumbangan kepada orang asli iaitu 20 ekor kambing, 2 unit mesin gergaji model MS281, 2 unit mesin gergaji model MS361, 2 unit Mesin rumput Tanaka 338, 2 unit Pam Racun Yamano dan 200 set hamper bagi seluruh orang asli post tuel dan berberapa post lain.

Walaupun program ini hanya berlangsung selama 2 hari namun aku  merasakan program ini adalah antara program yang paling memenatkan aku dan aku terpaksa menahan demam semata-mata untuk menguruskan program ini dan memastikan ia berjalan dengan baik.

Banyak peristiwa dan kejadian yang dapat aku nukilkan sebagai kenangan paling  ‘manis’ didalam program ini seperti aku dan ustaz faizal terpaksa memindahkan barangan-barang hamper sebanyak berpuluh-puluh kotak dari rumah aku di Kg Sireh Istana Kota Lama kedalam Lori 3 tan ditengah-tengah jalan yang tengah sesak, Kisah dimana lori Jabatan Hal Ehwal orang asli yang tiba2 terpaksa menurunkan barang-barang sumbangan di HANDROP gua musang kerana trek jalan yang terlalu teruk, kisah dimana aku dan Ustaz Faizal terpaksa bermalam di Bengek Baiki LORI & pacuan 4X4 milik abg ki di Kuala Betis kerana membungkus Hamper program, Kisah Break Ford Everest 4x4 yang panas & berasap dan banyak kisah2 yang lain yang aku menganggapkan ia sebagai ‘Kenangan terindah’ Program untuk kali ini.

Break Ford Everest menjadi PANAS & BERASAP  setelah melalui Jalan bukit Lojing. Kesan muatan berat.

Ford Everest XLT 4x4 yang panas berasap. Simpang Jalan Lojing-Handrop-Post Tuel

  Acara membungkus hamper bermula (Jam 10mlm)

Sambungan acara bungkus Hamper di Bengkel baiki kereta Kuala Betis. (2pagi)

Aku juga ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli; En Zamzuri, En Ghafur, Cik Wan Salbiah yang sudi ‘berpeluh’ keringat membantu ku menguruskan barang-barang hantaran termasuk sumbangan Pengangkutan Lori 3 Tan dan juga jana kuasa elektrik ‘jenerator’ untuk program ini. Syukran Jazilan buat kalian. Semoga Allah membalas jasa dan sumbangan kalian =)

Tidak dilupakan buat rakan sejawat Saudara Ustaz Faizal Adnan (Ustaz Ja) yang banyak membantuku menguruskan program ini dengan jayanya disamping berjaya ‘menawan’ trek jalan balak Post Tuel dengan pacuan 4x4 Ford Everest dengan jayanya. Semoga Cepat2 kahwin yea ustaz Ja =)

Rombonga selamat sampai di Kg Orang Asli Post Tuel Gua Musang sekitar Jam 10.30 pagi dan disambut oleh berberapa agensi yang telah masuk lebih awal seperti wakil penduduk, jawatan kuasa orang asli dan pihak ABIM bagi menguruskan persediaan tempat dan aturcara majlis.

Perjalan dari Simpang Belau menuju ke Handrop. Disini bermula jalan bukit yang menguji break setiap pacuan 4 roda.

Keadaan cuca yang tidak menentu sehari dua ini membimbangkan para rombongan namun Aku syukur pada ALLAH swt yang telah memberikan kelancaran perjalanan serta cuca yang agak baik pada hari program melancarkan lagi perjalanan perjalanan program.

Jalan dari simpang Handrop menuju ke Kg Orang Asli Post Tuel. Disini bermula 4X4

YB Che Abdullah sempat menunaikan solat sunat dhuha di masjid terbuka orang asli yang dibina daripada sumbangan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kg Bharu Kuala Lumpur dan juga berberapa sumbangan pihak yang lain. Sebelum acara penyampai sumbangan pihak kerajaan kepada wakil penduduk orang asli post tuel, YB Che Abdullah telah mengadakan lawatan ke berberapa tapak pertanian disekitar Kg orang asli post tuel bagi meninjau potensi dan bentuk bantuan lanjutan yang diperlukan oleh penduduk dan koprasi orang asli post tuel gua musang.

Kambing-kambing dipindahkan daripada Lori ke dalam HILUX (2 seat) untuk melalui jalan seterusnya. Trek bukit.

Rumah penduduk Orang Asli Gua Musang Kelantan.

Kawasan Kampung orang asli di awal perjalanan. Perjalan dari Handrop ke Post Tuel mengambil masa selama 1 jam dengan trek jalan lumpur dan berbukit.

Antara trek jalan menuju tapak Program.

Rombongan yang diketuai oleh YB Che Abdullah mengadakan lawatan ke tapak-tapak projek pertanian.

Penduduk Orang asli Post Tuel dan Post2 yang berhampiran yang hadir ke Majlis.  Majoriti Penduduk Orang Asli Post Tuel beragama Islam.


Majls bermula dengan ucap tama pegawai Daerah Lojing Gua Musang (DO)  gua musang dan diikuti oleh berberapa wakil dan agensi yang terlibat.Setelah majlis pemberian sumbangan dari pihak Kerajaan kepada penduduka hadirin dan seleuruh penduduk kampung dihidangkan dengan jamuan makan tengahari Nasi Ayam Ulam Orang Asli dan seterusnya para hadirin solat zohor berjamaah di dewan yang merangkap masjid Kg Post Tuel.



Gambar dari Kanan Ustaz Wan Tabung Tok Kenali, Anas Karimi Pegawai Khas Yb Che Abdullah dan DO lojing.


Sebanyak 200 hamper dibungkus. Aktiviti malam program (Kuala Betis Gua Musang)

 Barang-barang sumbangan yang aku urusakan. Alhamdullilah semua selamat sampai dengan lancar.

Para penduduk Orang As;i yang Hadir. Ketua orang asli Post Tuel Pak Andak.

Penduduk Orang asli dikalangan wanita dan kanak-kanak. Sambutan yang sangat meriah.


Setelah selesai Majlis, acara makan tengahari bersama penduduk Orang Asli. Menu terbaik disediakan oleh ABIM. Nasi Ayam Ulam Kampung.

Antara wakil dari agensi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang masuk sehari lebih awal untuk persediaan tempat dan makanan.

Makan tengahari Nasi Ayam dan Ulam. Para penduduk dan anak2 orang asli beratur menunggu giliran untuk mendapatkan makanan.

Gambar orang Kuat YB (^_^)

Makan dik! (^_^)

Sekitar jam 2ptg rombongan bertolak pulang dan sempat singgah di berberpa post dan kg lain untuk memberi sumbangan serta meninjau potensi sumber untunk menjalankn projek pertanian dan perikanan bagi membantu ekonomi orang asli di gua musang itu.


Jeram pintu masuk Kg Post Tue.

Pintu masuk Kg Hanir. Aku dan Ustaz Faizal sampai lebih awal bersama-sama Dato' Zamri dan Ustaz Wan.

Para peserta romongan yang mengiringi YB Che Abdullah tiba di Kg Hanir.

Dato' Dr Zamri yang telah banyak membantu dalam pembangunan orang asli di Gua Musang Kelantan.
Belia merupakan bekas pengarah kesihatan Negeri.

Yb Che Abdullah menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk Orang Asli Kg Hanir Gua Musang Kelantan.

Ustaz Wan dari Agensi Tabung tok Kenali melambai tangan. Belia banyak mengerjakan kerja AMAL memabntu orang asli diseluruh neegeri kelantan.

Projek ternakan ikan yang diusahakan oleh penduduk orang asli di Gua Musang Kelantan.

Terdapat berberapa buah kg yang dikenal pasti berpotenis untuk dijadikan sebagai pengeluar rotan, ikan keli, ikan siakap, getah dan banyak lagi hasil tanaman yang berpotensi tinggi.

Dalam perjalanan pulang ke ke Kota Bharu, aku dan ustaz faizal sempat singgah di kebun contoh di gua musang dibawah projek dun 2011 yang diuruskan oleh Ustaz Abdullah di bandar Gua Musang.

Alhamdulillah Aku selamat sampai sekitar jam 10malam di Kota Bharu.
 Ladang Pisang untuk Projek Dun 2011. Menunggu untuk proses pembajaan lanjutan.


Ustaz Kie Pusat Perubatann Darul Syifa KB-
" Biar kita sibuk, Biar kita penat di Dunia, nanti DISANA kita akan Rehat" =)

Semoga kita berjumpa lagi dalam warkah yang lain assalamualaikum. (^_^)

1 comment:

Ismail Isa said...

Maaf, nama betul bekas pengarah JKN adlh Dato' Dr Razak, bkn Dato Zamri