Followers

24 May 2010

SALAM KEPADA BUKAN ISLAM



DI TENGAH kalut kalangan umat Islam yang menonjolkan perjuangan Islam di sebalik isu ‘nama Allah’, yang pada saya ramai yang masih mengenepi kedaulatan Allah dari hati nurani, Tok Guru Nik Aziz memunculkan isu ‘boleh beri salam kepada bukan Islam.’

Secara moralnya, bagi saya Muslim wajib memberi salam (jaminan kesejahteraan) kepada bukan Islam, iaitu secara sikap moral dan tertanam dalam batin atau hati nurani. Malah itu berupa sikap akidah, yang tidak boleh dicuaikan jika kita benar-benar seorang Muslim – yang menyerah diri kita kepada konsep hidup Islam demi Allah.

Salam secara maknawi adalah menjamin kesejahteraan, keselamatan dan pembelaan terhadap sesama Islam mahu pun sesama manusia yang tidak bermusuhan, malah sedia bermuafakat dan membantu kita dalam menyempurnakan masyarakat berkerukunan dan saling membantu.

22 May 2010

KULIAH MINGGUAN PAGI PAGI JUMAAT TUAN GURU

KULIAH MINGGUAN PAGI JUMAAT BERSAMA TUAN GURU (21/5/2010)




Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada allah swt diatas rahmat & kasih satang yang diberikan dapatlah kita menyedut udara & oksigen pemberian ALLAH swt yang tidak terkira nilainya. Setelah lama “merindui” saat untuk mendengar secara langsung Kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat kerana berada “Jauh Di perantau” bersama negeri di “BAWAH BAYU” namu kali ini saya tidak melepaskan peluang untuk mendegar Kulaih mingguan pagi jumaat bersama beliau. Namun sebelum Tuan Guru menyampaikan kuliah tafsir beliau slot pagi nya telah diisi oleh Ustaz Nik Ammar selaku pengkuliah sesi yang pertama sebelah pagi. Masih segar diingatan saya mendegar kata-kata seorang peminpin yang masyhur dinegara kita ini “Nak cari orang alim ni ramai saudara!. Nak cari orang pandai sains, pandai matematik pandai agama ni ramai dah. Kat mana-mana tempat pun ada sekarang. Tapi tuan-tuan!, nak cari PEMIMPIN yang MENGAMALKAN cara hidup islam, penuh amanah serta sangat bersederhana dalam hidupnya ni sangat sedikit tuan-tuan. Saya tidak pernah jumpa pemimpin seperti ini kecuali seorang pemerintah (MB) dinegeri kelantan”.


21 May 2010

Renungan Buat Sang Mujahidah


"Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..."

LESEN JUDI!!!.. SUBHANALLAH TAK TAKUT HUKUM ALLAH KA HAA!!!???


"Ya ALLAH apa lah nak jadi dengan IMAN manusia sekarang ni ya ALLAH..."
Kerajaan Pusat mesti menarik balik kebenaran lesen judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin baru-baru ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata dengan kebenaran berlesen dari Kerajaan Pusat itu secara tidak langsung memberi kebenaran kepada rakyat untuk berjudi.

“Sekarangpun kedai-kedai judi semakin merebak di seluruh negara, dengan adanya perjudian secara ‘online’ ini memang jadi kacau dan beratlah menanggungnya. “Masaalah gejala sosial yang sudah semakin teruk akan makin bertambah dengan adanya judi ini,” ujarnya lagi Katanya, alasan kerajaan untuk memberikan lesen perjudian hanya untuk mengawal perjudian, implikasinya besar.

"Manusia Yang Samseng"

Loji Rawatan Air Kg Chicha Kubang Kerian


Assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh..setelah sekian lama menyepi alhamdulillah hari ni dapat saya rajin kan diri untuk memetik jari jemari menulis Blog yang sudah lama bersarang labah-labah ni. Al-maklum sajalah dengan tugasan dan aktiviti dikampus Universiti Malaysia Sabah yang agak sedikit padat ”mengoyakkan" semangat untuk berkongsi ilmu,pengalaman & jgk aktiviti2 Dakwah di bumi Allah ni.

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 5 tahun 2010 dah umur kita makin meningkat sejajar dekatnya dengan "Kematian" so sama2 lah kita meningkatkan amalan kita ni untuk meraih cita2 mengapai "Mardhotillah" atau pun anugrah redhoallah swt. Kat dalam dunia ni banyak sangat nikmat ALLAH swt yang ALLAH dah berikan kepada kita. Segala2nya adalah milik ALLAH swt yang maha mencipta. Sebab itulah dia panggil sebagai "AL-KHALIQ" yang bermaksud yang Maha Mencipta. Manakala kita sebagai manusia yang lemah ni kita digelarkan sebagai "AL-MAKHLUK" yang dicipta.