Followers

05 September 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

AlhamduliLlah, Tuhan sekalian ‘alam. Tuhan Yang Maha Bijaksana , Maha Kuasa mencipta tempat dan menyusun atur alam. WujudNYA ALLAH tanpa ada tempat. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda. Dan bagi kita semua semoga dimasukkan dalam golongan sebaik-baik umat. Menyeru kepada yang ma’ruf & mencegah yang mungkar & menyintai Allah & Rasul-Nya serta menjadi penerus perjuangan menyampaikan risalah Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai hamba-hambaKu yang beriman, sesungguhnya bumi ku luas, maka sembahlah Aku sahaja. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian, hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan”

Surah Al-Ankabut (29):56-57

Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang hidup…

Jiwa yang dijajah adalah jiwa yang sakit, nazak dan tenat…

Ikhwan wa akhawat yang dirahmati Allah…

Apa sebenarnya yang dikatakan jiwa merdeka? Adakah jiwa yang bebas berbuat apa sahaja sesuka hati? Jiwa yang sentiasa memenuhi tuntutan nafsu dengan hiburan yang melampau? Tarikh keramat 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang penting buat Negara Malaysia. Hari kemerdekaan disambut dengan perarakKan, pesta hiburan, dan sebagainya. Dan tidak kurang juga media massa turut memaparkan cerita-cerita dan sejarah-sejarah bagaimana penduduk Tanah Melayu suatu ketika dahulu berjuang sehabis daya dalam mendapatkan kemerdekaan. Pelbagai program yang diaturkan oleh pelbagai pihak untuk menyambutnya.

Namun begitu…Sedarkah kita! Kemerdekaan adalah satu nikmat dari Allah yang wajib disyukuri. Berapa ramai yang meraikan kemerdekaan dengan cara mengimarahkan surau-surau, masjid-masjid, dan mengadakan kenduri kesyukuran serta program-program yang mampu menyedarkan masyarakat agar dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dan tidak memesongkan mereka dari ajaran Islam. Kalau ada pun yang melakukannya boleh dikira dengan jari.

Hakikat jiwa merdeka adalah jiwa yang mempunyai:

  1. Keteguhan ‘aqidah

- Jiwa yang sentiasa menyedari akan hakikat, matlamat dan tujuan dirinya diciptakan

  1. Keteguhan Iman

- Jiwa yang bermanfaat untuk diri dan orang lain

- Ibarat benih yang subur… dicampak ke laut jadi pulau dan dicampak ke darat jadi gunung

  1. Kecekalan dan kekuatan hati

- Jiwa yang berupaya menghadapi apa sahaja mehnah dan tribulasi sepanjang perjuangan hidupnya melayari bahtera hidup di alam dunia sementara menuju destinasi yang abadi.

  1. Kefahaman dan pengaplikasian penyaksiannya terhadap 2 kalimah syahadah “Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah

- Kalimah yang terpaksa kukuh di dalam hati akan memancarkan amalan soleh pada perlakuan hidupnya. Sekaligus memberi kesan terhadap kehidupannya di dunia & di akhirat.

- Firman Allah SWT dalam surah Faathir ayat 10 (yang bermaksud):

“ Sesiapa Yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya Dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah Segala kemuliaan. kepada Allah lah naiknya Segala perkataan Yang baik (yang menegaskan iman dan Tauhid, untuk dimasukkan ke Dalam kira-kira balasan), dan amal Yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal Yang makbul - Yang memberi kemuliaan kepada Yang melakukannya). dan sebaliknya: orang-orang Yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa Yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

PERSOALANNYA!!! Adakah jiwa kita merdeka? Apa persiapan kita untuk memasuki Ramadhan? Adakah kita hanya membuat persiapan Syawal sahaja?Di bulan Rejab & Sya’aban lagi baju raya dah siap.

Ciri-ciri orang yang berjiwa merdeka:

  1. Memiliki sidqul iman (iman yang benar / tulus)
  2. Berpegang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan al-Qur’an
  3. Ber’amal dengan ‘amal yang soheh
  4. Jiwa diperlengkapkan dengan persediaan untuk mati

Syair yang sering dibaca oleh As-Syahid Syadi Muslih (16/11/1993):

“Siapa yang tidak mati kerana pedang (berperang dalam menegakkan agama Allah) pasti mati dengan jalan lain. Penyebab kematian amatlah banyak sedangkan kematian hanyalah satu”

Cara mencapai iman yang benar / tulus:

  1. Mengenal sifat-sifat Allah dan nama-namaNya

- Cara ini mampu mewujudkan rasa cinta kepada Allah. Kalau hati tidak cinta Allah, maka iman tak kena.

- Seseorang yang mendapat cinta Allah akan mendapat halawatul iman (kelazatan iman)

  1. Mengiktiraf segala kurniaan-kurniaanNya kepada kita

- Contoh: Nampak orang naik motor… kita teringat zaman kampus… dulu naik motor nak pi kuliah, la ni dah naik kereta bila nak pi kerja J hakikatnya semua itu nikmat kurniaan dari Allah. Maka wajib kita mensyukuri nikmat kurniaanNya.

  1. Menjauhkan segala yang dibenci Allah

- Tak sempurna ketaatan kalau kemungkaran tak ditinggalkan

- Allah tidak suka sifat manusia yang hubuddunya (cinta dunia)

  1. Membolot setiap amalan yang disukai Allah

- ‘Amal soleh mencerahkan hati dan memancarkan pada perlakuannya

Ikhwan wa akhawat yang dikasihi pada jalan Allah…

Demi kesucian Islam, saya menyeru diri saya sendiri dan ikhwan dan akhawat sekalian… marilah kita memanfaatkan bulan Ramadhan tahun ini… Ramadhan datang hanya setahun sekali… Bulan Ramadhan ibarat bulan ‘service’ iman kita… banyak ‘part’ yang mungkin dah ‘expired’ yang perlu diganti dengan yang baru… mungkin ada ‘part’ yang dah ‘loose’ dan perlu di ’repair’… selama 11 bulan kita melalui kilometer perjalanan yang jauh… maka sudah tentu selepas tu kita kena masuk dalam ‘bengkel Ramadhan’ untuk di ‘service’ iman kita… ‘service’ ibadah kita… ‘service’ ler apa-apa yang patut… J

Ikhwan wa akhawat yang dihormati kerana Allah…

Ramadhan adalah sebuah madrasah pentarbiyahan jiwa yang dikurniakan Allah SWT kepada kita umat Islam. Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah satu ibadah yang sangat istimewa bagi umat Islam. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Syaithan musuh utama manusia juga turut diikat sepanjang Ramadhan ini. Ini membuktikan Allah begitu menyayangi hamba-hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. Sebagai seorang Muslim, menjadi kewajipan kita menurut apa yang diperintah Allah agar kelak beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, hendaklah kita berusaha ‘upgrade’ ‘ ilmu, iman dan ‘amal kita. Agar hasil tarbiyyah bulan Ramadhan melahirkan individu yang tahan lasak, cekal jiwanya dan teguh pendiriannya dalam mengamalkan Islam dengan ‘amalan yang soheh.

Sehubungan dengan itu, marilah bersama-sama kita ‘flashback’ dan ‘refresh’ pengetahuan kita tentang ibadah puasa.

SYARAT WAJIB PUASA

RUKUN PUASA

1. Islam

2. Berakal

3. Baligh

1. Niat, wajib setiap malam Ramadhan

di antara terbenam matahari à terbit fajar

2. Menahan diri dari perkara-perkara yang

membatalkan puasa.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka walaupun sedikit dengan sengaja (sama ada jenis makanan atau bukan makanan: Menghisap rokok/tembakau dan suntikan makanan atau menambah vitamin)à Termasuklah makan dan minum

2. Jimak

3. Mengeluarkan air mani dengan sengaja seperti beronani

4. Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (qubul dan dubur)

5. Memuntahkan makanan dengan sengaja

6. Keluar darah haidh dan nifas

7. Gila walaupun sekejap

8. Mabuk sepanjang hari

9. Murtad terkeluar dari Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan dan keyakinan.

(sama ada disebabkan iktiqad yang sesat seperti mengatakan Allah berada di atas langit atau duduk di atas ‘arasy atau dengan perbuatan yang kufur seperti memijak-mijak Al-Quran atau sujud terhadap berhala. Begitu juga dengan perbuatan melafazkan kalimat kufur seperti menghina Allah, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya dan semua yang bersangkutan dengan Islam)

Sunat Puasa

1. Segerakan berbuka puasa setelah PASTI terbenamnya matahari (Sekiranya mendengar azan melalui radio, jangan terus berbuka. Pastikan dah masuk waktu. sebaiknya tunggu azan radio tu selesai)

2. Berbuka puasa dengan kurma

3. Makan sahur

4. Menangguhkan sahur ke akhir waktu tapi jangan sampai ke waktu syak sudah naik fajar

5. Meninggalkan perkataan ayng tidak elok, seperti berbohong, mengumpat, memfitnah dan sebagainya daripada perkara-perkara yang haram.

6. Mandi hadath sebelum naik fajar.

7. Memperbanyakkan sedekah & ibadat (seperti: membaca Al-Quran & solat sunat tarawikh & witir)

8. Beriktikaf di dalam masjid

Makruh puasa

1. Berbekam kerana boleh melemahkan diri

2. Merasa makanan kerana dikhuatiri sampai ke dalam kerongkong

3. Memamah makanan kerana ditakuti tertelan

4. Mengucup isteri atau lainnya walaupun tidak membangkitkan syahwat sekalipun

5. Membanyakkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung

*Jiwa yang merdeka akan berusaha bersungguh-sungguh memanfaatkan bulan Ramadhan ini untuk mentarbiyyah diri menjadi individu muslim yang teguh ‘aqidahnya hingga meraih halawatul iman”

SEKIAN TERIMA KASIH

artikel : nur jannah saifullah & ustaz asbahanie