Followers

08 December 2008

MISI “AIDILADHA” 600,000 PELARIAN PERANG MINDANAO


Rumah dibakar, tanah dirampas manakala kanak-kanak menjadi yatim piatu kerana kehilangan orang tersayang akibat peperangan yang sedang berlaku di Wilayah Islam Mindanao, Filipina.

Misi 'Aidiladha' bantu 600,000 pelarian perang. Rumah dibakar, tanah dirampas manakala kanak-kanak menjadi yatim piatu kerana kehilangan orang tersayang akibat peperangan yang sedang berlaku di Wilayah Islam Mindanao, Filipina.

Angka pelarian perang di Cotabato, Marawi dan beberapa bandar lain di Mindanao sudah menjangkau 600,000 umat Islam dan kehidupan mereka sangat daif dan memerlukan kepedulian masyarakat antarabangsa.

Atas rasa kemanusiaan dan keprihatinan untuk menghulur bantuan, sepasukan rombongan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) akan berangkat ke Mindanao yang dianggotai 13 orang, terdiri daripada dua orang doktor, mahasiswa termasuk wakil daripada Harakah dan Harakahdaily Azamin Amin.

Mereka dijangka berada di wilayah tersebut bermula sehari sebelum Hari Raya Aidiladha pada 7 Disember sehingga 12 Disember depan.

Menurut ketua rombongan yang juga Presiden AMAL Husin Ismail 'Misi Kemanusiaan Qurban dan Perubatan' di Mindanao ini adalah bertujuan membantu dan meringankan beban saudara se-islam yang terdiri daripada kalangan warga tua dan kanak-kanak yang menjadi yatim piatu kerana ibu bapa menjadi mangsa korban perang.

Katanya peperangan kerap kali meletus berikutan perjanjian damai yang terbatal sejak 5 Ogos lalu untuk memberi kuasa autonomi dan wilayah kepada umat Islam di Mindanao.

"Hidup mereka sangat daif. Kita datang untuk melakukan Qurban untuk diagihkan kepada mangsa peperangan itu di samping mengadakan jamuan makan, memasak, program perubatan dan rumah anak yatim untuk mereka.

"Setakat ini dana yang dikumpul mencukupi untuk melakukan Korban sejumlah 37 ekor lembu dan 39 ekor kambing selain bantuan ubat-ubatan yang lain," katanya ketika dihubungi.

Husin berkata program rawatan kesihatan dan perubatan tersebut akan dikendali oleh dua orang doktor daripada pasukan AMAL, Dr Faizul Fazli dan Dr Shah Jehan dengan kerjasama doktor-doktor tempatan di sana dan akan turut dibantu oleh NGO utama iaitu Bangsamoro Development Agency (BDA)

"Masyarakat Islam Bangsamoro memerlukan bantuan doa, pakaian, ubat-ubatan dan makanan untuk meneruskan perjuangan menuntut hak mereka yang telah di rampas oleh Kerajaan Filipina.

"AMAL berharap lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil untuk menghulurkan derma dan membuat Aqiqah untuk masyarakat di sana. Program kita tidak terhad untuk Aidiladha sahaja bahkan akan terus ada aktiviti susulan," katanya.

Untuk menderma atau maklumat lanjut boleh mengubungi Pegawai AMAL Muhammad Faiz Mohd Nor di talian 017-2488130 atau layarai laman web AMAL di www.amalmalaysia.net. - Hrkh_

07 December 2008

"Pesanan Seorang Pejuang..."


Pesan As-Syahid Dr. Abdullah Azzam

As-syahid pernah berpesan, “Menghentikan jihad sejenak sama ertinya dengan menghentikan gerak laju deen Allah dalam kehidupan ini.”

Kata-kata as-syahid sudah tentunya bukan datang dari teori atau falsafah yang dipelajari dari mana-mana universiti atau pondok tetapi hasil pengalaman dan pengamalan beliau di medan jihad. Beliau terkenal dengan pengorbanannya di bumi Afghanistan menentang penjajahan Russia bersama-sama pejuang Mujahideen. Walaupun beliau mempunyai PhD dan pernah menjadi pensyarah, beliau meninggalkan segala-galanya untuk menyahut seruan Allah dan syurga yang menanti. Benarlah pendapat Sa’id Hawwa, jika ada rukun Islam keenam, jihad adalah yang paling layak menduduki tempat itu. Mungkin inilah yang difahami oleh as-syahid Abdullah Azzam.

Namun, hari ini kita lihat ramai pemuda-pemudi sudah tidak menghiraukan sama ada Islam dijadikan teras hidup atau sekadar hiasan di kad pengenalan diri. Jihad ditinggalkan, dunia dikejar. Apakah yang mereka tidak faham mengenai jihad? Ke mana hilangnya semangat jihad dalam diri pemuda dan pemudi Islam?

Jihad tidak boleh dipandang dalam skop yang kecil, malah perlu difahami bahawa terdapat banyak ruang untuk berjihad pada zaman serba moden ini. Jihad dengan tulisan, jihad mendidik anak-anak, jihad membina empayar perniagaan Islam dan banyak lagi. Jihad boleh menjelma dalam pelbagai sudut kehidupan asalkan kita mahu dan tahu bagaimana.

Jihad perlukan perancangan yang rapi, kerjasama yang ampuh, persefahaman yang jitu dan istiqomah dalam setiap gerak kerja. Jika jihad hanya bertakhta di hati tetapi anggota tidak pernah mengamalkan jihad, kita masih jauh dari matlamat. Oleh itu, umat Islam, khususnya pemuda dan pemudi, wajar menanamkan cita-cita untuk berjihad agar gerakan deen ini tidak berhenti. Setiap detik berharga. Setiap nafas diambil kira…

Salam EKSAH E UNTUK SEMUA,” Firman ALLAH: Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan” (Surah Ali Imran : 104)

23 November 2008

JANGAN TAK BACA KISAH PANAS DI HARI INI!!!!

JANGAN TAK BACA KISAH PANAS DI HARI INI!!!!


Ibu larang anak memakai jilbab (Purdah)

Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian
di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.
Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2
meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua
dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah..
Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk

kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu

sudah nak rabun...

Anak : Bu !

Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya
pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai

jilbab. Boleh tak Bu..?

Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,Bu.

Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana
kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan
pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan,

JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI

JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar
bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk ....namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH!

KAMU KAN LAKI-LAKI.....

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai

(hehehe, serius tul baca nampak..........................RELAX2 JANGAN MARAH YEA...nak banyak cerita??? tanya EKSAH E YEA...K Wasalam....TAKBIR!!!!!!!!!!!!

22 November 2008

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA TEMAN TEMAN


PENGERUSI EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH 2008/2009 JAWATAN KUASA KEBAJIKAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN E

Nama : MUHAMMAH NUR ILHAM BIN SALLEH

Asal : Kota Bharu Bandaraya islam (TAKBIR!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!)

Keluarga : Anak Bongsu Dari 11 Adik Beradik.

Email : mardhotillah_nur_iman@yahoo.com.my

Friendster : UMSiLhAmUMS

Kursus : kimia Industri SSTUMS


PENDIDIKAN;

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kg Sireh Kota Bharu Kelantan

2. Sekolah Rendah Islam Seri Kiblah Kota Bharu

3. SMU(A) Maktab Pengajian Islam.

4. SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu Kelantan.

5. Kolej Matrikulasi Kedah.

6. Universiti Malaysia Sabah Hingga 2010 INSYALLAH

KETERLIBATAN DENGAN AKTIVITI;

1. Jawatan Kuasa Perpustakaan(MAKTABAH) Maktab Pengajian Islam

2. Setiausaha1 Pusat Islam Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pengajian Tinggi.

3. Ahli Jawatan KuasaUnit Pengurusan Surau (UPS) Kolej Kediaman E Universiti Malaysia Sabah.

4. Ahli jawatan Kuasa Protokol Delegasi Amal Kemerdekaan@ E 07 siri I Kota Belud.

5. Ketua Exco Kebajikan Dan Kemasyarakatan Ikatan Sahabat EKSAH PMUMS 2007/2008.

6. Ahli Jawatan Kuasa Persembahan dan Kebudayaan, Perhimpunan Agung PMUMS sesi 07/08.

7. Pengarah Pertandingan Festival Kesenian(FKI) EKSAH PMUMS 2007/2008.

8. Timbalan Pengerusi Exco Keushawanan Jakmas E 2007/2008.

9. Pengarah Majlis Ramah Mesra Evening@ E 2008.

10. Pengarah Bahagian Makanan Program Pembangunan Modal Insan 2008 (PMI’08).

11. Pengarah Program Delegasi Amal Kemerdekaan@ E 08 Siri II Kota Belud.

12. Pengarah Bahagian Pengisian Ihya Kemerdekaan 2008.

13. Pengerusi Surau Unit Pengurusan Surau Kolej Kediaman E 2008/2009.

14. PENGERUSI EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH JAWATAN KUASA KEBAJIKAN MAHSISWA KOLEJ KEDIAMAN E 2008/2009.

RAKAN SEPERJUANGAN PILIHAN RAYA KAMPUS..

Ayyuhai Syabab jundullah, Jalan Perjuangan menegakkan kalimah ALLAH bukan hanya di medan PR semata mata,Ingat lah sahabat-sahabat pejuang, Kita bukan lah pemula dan kita juga buka pengakhir kepada perjuangan ini tetapi kita adalah penyambung kepada wasilah perjuanagan rasul teragung nabi muhammad s.w.t TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!...."Tegakkan Jihad Cintakan Syahid, Senyum Mujahid Menuju Syahid"-mujahid nur ilham

Sunnah Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang


BUAT SAHABAT RAKAN SEPERJUANGAN DI MEDAN UNDIAN






Kenangan Indah sahabat...



KEMATIAN YANG PASTI


Ku ucapakn takziah kepada arwah sepupu ku abg zul yang telah pergi meghadap pencipta hakiki dalam satu kemalangan jalan raya serta arwan sahabat seperjuangan jundullah..moga roh mereka di tempatkan dikalangan orang-orang BERIMAN biINSYALLAH..


Kupasrah

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha Esa telkah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bile mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada penganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu

di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang Kau janjikan nikmat untuk hamba-Mu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangankita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha Esa telkah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bile mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati


SAYANG ALLAH KEPADA HAMABANYA YANG LALAI....ASTAGFIRULLAH BANYAKNYA DOSA KU INI LAH CARA ALLAH MENDIDIK KU :


Ya ALLAH Demam panas....Masuk Ward Hospital Likas...Sayangnya ALLAH kepada hamabnya ini diberinya ujian kesakitan untuk hambanya BERMUHASABAH DIRI...ASTAGFIRULLAHAL AZIYMM...

Selamat bercuti semua...wasalam.

05 September 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

AlhamduliLlah, Tuhan sekalian ‘alam. Tuhan Yang Maha Bijaksana , Maha Kuasa mencipta tempat dan menyusun atur alam. WujudNYA ALLAH tanpa ada tempat. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda. Dan bagi kita semua semoga dimasukkan dalam golongan sebaik-baik umat. Menyeru kepada yang ma’ruf & mencegah yang mungkar & menyintai Allah & Rasul-Nya serta menjadi penerus perjuangan menyampaikan risalah Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai hamba-hambaKu yang beriman, sesungguhnya bumi ku luas, maka sembahlah Aku sahaja. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian, hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan”

Surah Al-Ankabut (29):56-57

Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang hidup…

Jiwa yang dijajah adalah jiwa yang sakit, nazak dan tenat…

Ikhwan wa akhawat yang dirahmati Allah…

Apa sebenarnya yang dikatakan jiwa merdeka? Adakah jiwa yang bebas berbuat apa sahaja sesuka hati? Jiwa yang sentiasa memenuhi tuntutan nafsu dengan hiburan yang melampau? Tarikh keramat 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang penting buat Negara Malaysia. Hari kemerdekaan disambut dengan perarakKan, pesta hiburan, dan sebagainya. Dan tidak kurang juga media massa turut memaparkan cerita-cerita dan sejarah-sejarah bagaimana penduduk Tanah Melayu suatu ketika dahulu berjuang sehabis daya dalam mendapatkan kemerdekaan. Pelbagai program yang diaturkan oleh pelbagai pihak untuk menyambutnya.

Namun begitu…Sedarkah kita! Kemerdekaan adalah satu nikmat dari Allah yang wajib disyukuri. Berapa ramai yang meraikan kemerdekaan dengan cara mengimarahkan surau-surau, masjid-masjid, dan mengadakan kenduri kesyukuran serta program-program yang mampu menyedarkan masyarakat agar dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dan tidak memesongkan mereka dari ajaran Islam. Kalau ada pun yang melakukannya boleh dikira dengan jari.

Hakikat jiwa merdeka adalah jiwa yang mempunyai:

  1. Keteguhan ‘aqidah

- Jiwa yang sentiasa menyedari akan hakikat, matlamat dan tujuan dirinya diciptakan

  1. Keteguhan Iman

- Jiwa yang bermanfaat untuk diri dan orang lain

- Ibarat benih yang subur… dicampak ke laut jadi pulau dan dicampak ke darat jadi gunung

  1. Kecekalan dan kekuatan hati

- Jiwa yang berupaya menghadapi apa sahaja mehnah dan tribulasi sepanjang perjuangan hidupnya melayari bahtera hidup di alam dunia sementara menuju destinasi yang abadi.

  1. Kefahaman dan pengaplikasian penyaksiannya terhadap 2 kalimah syahadah “Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah

- Kalimah yang terpaksa kukuh di dalam hati akan memancarkan amalan soleh pada perlakuan hidupnya. Sekaligus memberi kesan terhadap kehidupannya di dunia & di akhirat.

- Firman Allah SWT dalam surah Faathir ayat 10 (yang bermaksud):

“ Sesiapa Yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya Dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah Segala kemuliaan. kepada Allah lah naiknya Segala perkataan Yang baik (yang menegaskan iman dan Tauhid, untuk dimasukkan ke Dalam kira-kira balasan), dan amal Yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal Yang makbul - Yang memberi kemuliaan kepada Yang melakukannya). dan sebaliknya: orang-orang Yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa Yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

PERSOALANNYA!!! Adakah jiwa kita merdeka? Apa persiapan kita untuk memasuki Ramadhan? Adakah kita hanya membuat persiapan Syawal sahaja?Di bulan Rejab & Sya’aban lagi baju raya dah siap.

Ciri-ciri orang yang berjiwa merdeka:

  1. Memiliki sidqul iman (iman yang benar / tulus)
  2. Berpegang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan al-Qur’an
  3. Ber’amal dengan ‘amal yang soheh
  4. Jiwa diperlengkapkan dengan persediaan untuk mati

Syair yang sering dibaca oleh As-Syahid Syadi Muslih (16/11/1993):

“Siapa yang tidak mati kerana pedang (berperang dalam menegakkan agama Allah) pasti mati dengan jalan lain. Penyebab kematian amatlah banyak sedangkan kematian hanyalah satu”

Cara mencapai iman yang benar / tulus:

  1. Mengenal sifat-sifat Allah dan nama-namaNya

- Cara ini mampu mewujudkan rasa cinta kepada Allah. Kalau hati tidak cinta Allah, maka iman tak kena.

- Seseorang yang mendapat cinta Allah akan mendapat halawatul iman (kelazatan iman)

  1. Mengiktiraf segala kurniaan-kurniaanNya kepada kita

- Contoh: Nampak orang naik motor… kita teringat zaman kampus… dulu naik motor nak pi kuliah, la ni dah naik kereta bila nak pi kerja J hakikatnya semua itu nikmat kurniaan dari Allah. Maka wajib kita mensyukuri nikmat kurniaanNya.

  1. Menjauhkan segala yang dibenci Allah

- Tak sempurna ketaatan kalau kemungkaran tak ditinggalkan

- Allah tidak suka sifat manusia yang hubuddunya (cinta dunia)

  1. Membolot setiap amalan yang disukai Allah

- ‘Amal soleh mencerahkan hati dan memancarkan pada perlakuannya

Ikhwan wa akhawat yang dikasihi pada jalan Allah…

Demi kesucian Islam, saya menyeru diri saya sendiri dan ikhwan dan akhawat sekalian… marilah kita memanfaatkan bulan Ramadhan tahun ini… Ramadhan datang hanya setahun sekali… Bulan Ramadhan ibarat bulan ‘service’ iman kita… banyak ‘part’ yang mungkin dah ‘expired’ yang perlu diganti dengan yang baru… mungkin ada ‘part’ yang dah ‘loose’ dan perlu di ’repair’… selama 11 bulan kita melalui kilometer perjalanan yang jauh… maka sudah tentu selepas tu kita kena masuk dalam ‘bengkel Ramadhan’ untuk di ‘service’ iman kita… ‘service’ ibadah kita… ‘service’ ler apa-apa yang patut… J

Ikhwan wa akhawat yang dihormati kerana Allah…

Ramadhan adalah sebuah madrasah pentarbiyahan jiwa yang dikurniakan Allah SWT kepada kita umat Islam. Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah satu ibadah yang sangat istimewa bagi umat Islam. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Syaithan musuh utama manusia juga turut diikat sepanjang Ramadhan ini. Ini membuktikan Allah begitu menyayangi hamba-hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. Sebagai seorang Muslim, menjadi kewajipan kita menurut apa yang diperintah Allah agar kelak beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, hendaklah kita berusaha ‘upgrade’ ‘ ilmu, iman dan ‘amal kita. Agar hasil tarbiyyah bulan Ramadhan melahirkan individu yang tahan lasak, cekal jiwanya dan teguh pendiriannya dalam mengamalkan Islam dengan ‘amalan yang soheh.

Sehubungan dengan itu, marilah bersama-sama kita ‘flashback’ dan ‘refresh’ pengetahuan kita tentang ibadah puasa.

SYARAT WAJIB PUASA

RUKUN PUASA

1. Islam

2. Berakal

3. Baligh

1. Niat, wajib setiap malam Ramadhan

di antara terbenam matahari à terbit fajar

2. Menahan diri dari perkara-perkara yang

membatalkan puasa.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka walaupun sedikit dengan sengaja (sama ada jenis makanan atau bukan makanan: Menghisap rokok/tembakau dan suntikan makanan atau menambah vitamin)à Termasuklah makan dan minum

2. Jimak

3. Mengeluarkan air mani dengan sengaja seperti beronani

4. Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (qubul dan dubur)

5. Memuntahkan makanan dengan sengaja

6. Keluar darah haidh dan nifas

7. Gila walaupun sekejap

8. Mabuk sepanjang hari

9. Murtad terkeluar dari Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan dan keyakinan.

(sama ada disebabkan iktiqad yang sesat seperti mengatakan Allah berada di atas langit atau duduk di atas ‘arasy atau dengan perbuatan yang kufur seperti memijak-mijak Al-Quran atau sujud terhadap berhala. Begitu juga dengan perbuatan melafazkan kalimat kufur seperti menghina Allah, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya dan semua yang bersangkutan dengan Islam)

Sunat Puasa

1. Segerakan berbuka puasa setelah PASTI terbenamnya matahari (Sekiranya mendengar azan melalui radio, jangan terus berbuka. Pastikan dah masuk waktu. sebaiknya tunggu azan radio tu selesai)

2. Berbuka puasa dengan kurma

3. Makan sahur

4. Menangguhkan sahur ke akhir waktu tapi jangan sampai ke waktu syak sudah naik fajar

5. Meninggalkan perkataan ayng tidak elok, seperti berbohong, mengumpat, memfitnah dan sebagainya daripada perkara-perkara yang haram.

6. Mandi hadath sebelum naik fajar.

7. Memperbanyakkan sedekah & ibadat (seperti: membaca Al-Quran & solat sunat tarawikh & witir)

8. Beriktikaf di dalam masjid

Makruh puasa

1. Berbekam kerana boleh melemahkan diri

2. Merasa makanan kerana dikhuatiri sampai ke dalam kerongkong

3. Memamah makanan kerana ditakuti tertelan

4. Mengucup isteri atau lainnya walaupun tidak membangkitkan syahwat sekalipun

5. Membanyakkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung

*Jiwa yang merdeka akan berusaha bersungguh-sungguh memanfaatkan bulan Ramadhan ini untuk mentarbiyyah diri menjadi individu muslim yang teguh ‘aqidahnya hingga meraih halawatul iman”

SEKIAN TERIMA KASIH

artikel : nur jannah saifullah & ustaz asbahanie