Followers

08 December 2008

“KARYA CHARMA”



“Qasidah Alam”… ini lah tajuk utama lagu nasyid Universiti Malayasia Sabah yang dibawa ke pertandingan Nasyid Universiti-universiti pengajian tinggi awam.. walaupun UMS tidak berjaya untuk ke pertandingan akhir pertandingan tersebut, namun ia juga satu kejayaan bermakna bagi UMS yang telah mendapat pangkat “Anugrah Perdana” yang mana ia merupakan satu satunya universiti yang Berjaya mendapat anugrah tersebut daripada Universiti yang tidak mendapat tempat untuk ke peringkat akhir..


Menurut makluman daripada seorang jawatan kuasa pengajur Karnival Nasyid tersebut, yang juga merupakan PA (Personal Assistance) UMS, Universiti Malaysia Sabah mendapat rangking yang ke-9 daripada 15 Universiti dimalaysia yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia).


Untuk penganjuran kali ini Universiti Teknologi Malaysia(UTM) terpilih sebagai penganjur untuk karnival MAKUM'08 kali ini.


Gambar sebelum berlepas ke Johor. Dari kiri: Faiz, Syah, Ilham & Adi

Sesi bergambar untuk setiap universiti selepas sesi taklimat pada hari yang pertama..

Sesi cabutan undi dilakukan dan untuk saringan yang pertama UMS mendapat giliran yang ke-5 untuk saringan yang pertama.



Rakan Borneo.. semasa sesi saringan pertama UMS ditempatkan bersama dengan kumpulan dariapada Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS).. Kumpulan daripada Unimas ini kebanyakanya terdiri darpada 'ORANG2 LAMA' dalam bidang nasyid ini..serta banyak mewakili universiti malaysia sarawak untuk ke pertandingan2 besar anjuran IPTA tempatan..



Duduk bersela dihadapan yang memakai songkok dan tali leher berserta Tag Nama seperti gambar disebelah ini merupakan Pengarah Program karnival nasyid MAKUM08 ini, beliau merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UTM(MPPUTM) dan merupan ahli kumpulan Voice Of Man yang menyertai Akademi Nasyid anjuran TV9....


Semasa di JOHOR, kami sempat pergi melawat ke berberapa tempat yang menarik dan juga menjadi tanda atau mercu sejarah bagi negeri JOHOR antaranya seperti di masjid sultan Abu Bakar, Muzium Negeri johor, Danga Bay dan juga Plaza Angsana yang menjadi Venue akhir untuk pertandingan nasyid MAKUM 08 ini...


Pemandangan yang diambil di Masjid Abu Bakar. Gambar disebelah kiri adalah gambar dari arah belakang masjid yang merupakan mercu tanda sejarah awal negeri JOHOR pada pemerintahan zaman kesultanan melayu JOHOR dahulu..


Gambar diambil dibelakang masjid yang berlatarkan pemandang negara Jiran iaitu SINGAPURA...


Gambar didalam Masjid Abu Bakar di ruangan untuk berehat bagi jemaah yang hadir

Kemudian kami pergi melawat satu lagi tempat yang paling bersejarah untuk negeri Johor iaitu Muzium negeri Johor.

Disana terdapat banyak artifak2 sejarah serta barang2 kebesaran bagi negeri Johor. Disana juga terdapat istana negeri Johor yang lama... Wauu!!



Seterusnya Venue kemuncak yang menjadi tempat pertandingan akhir nasyid MAKUM 08 ialah di Plaza Angsana Johor Bharu... kat sini ramai artis2 dan orang kenamaan yang turun memberi sokongan ke Pertandingan Nasyid ini antaranya Kumpulan FAR EAST yang meupakan jemputan khasuntuk persembahan pada majlis penutup..



Turut hadir juga anggota kumpulan DEVOTEES yang turut memberi sokongan..



Berbaju Hitam... Ahli kumpulan FAR EAST yang baru.... baru dikenali hehe gurau sahaja.. Kumpulan Far East mempersembahkan 3 buah lagu, antaranya "Ahla Bina", lagu baru: "Exporasi" dan " Menanti Di Barzakh"

MISI “AIDILADHA” 600,000 PELARIAN PERANG MINDANAO


Rumah dibakar, tanah dirampas manakala kanak-kanak menjadi yatim piatu kerana kehilangan orang tersayang akibat peperangan yang sedang berlaku di Wilayah Islam Mindanao, Filipina.

Misi 'Aidiladha' bantu 600,000 pelarian perang. Rumah dibakar, tanah dirampas manakala kanak-kanak menjadi yatim piatu kerana kehilangan orang tersayang akibat peperangan yang sedang berlaku di Wilayah Islam Mindanao, Filipina.

Angka pelarian perang di Cotabato, Marawi dan beberapa bandar lain di Mindanao sudah menjangkau 600,000 umat Islam dan kehidupan mereka sangat daif dan memerlukan kepedulian masyarakat antarabangsa.

Atas rasa kemanusiaan dan keprihatinan untuk menghulur bantuan, sepasukan rombongan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) akan berangkat ke Mindanao yang dianggotai 13 orang, terdiri daripada dua orang doktor, mahasiswa termasuk wakil daripada Harakah dan Harakahdaily Azamin Amin.

Mereka dijangka berada di wilayah tersebut bermula sehari sebelum Hari Raya Aidiladha pada 7 Disember sehingga 12 Disember depan.

Menurut ketua rombongan yang juga Presiden AMAL Husin Ismail 'Misi Kemanusiaan Qurban dan Perubatan' di Mindanao ini adalah bertujuan membantu dan meringankan beban saudara se-islam yang terdiri daripada kalangan warga tua dan kanak-kanak yang menjadi yatim piatu kerana ibu bapa menjadi mangsa korban perang.

Katanya peperangan kerap kali meletus berikutan perjanjian damai yang terbatal sejak 5 Ogos lalu untuk memberi kuasa autonomi dan wilayah kepada umat Islam di Mindanao.

"Hidup mereka sangat daif. Kita datang untuk melakukan Qurban untuk diagihkan kepada mangsa peperangan itu di samping mengadakan jamuan makan, memasak, program perubatan dan rumah anak yatim untuk mereka.

"Setakat ini dana yang dikumpul mencukupi untuk melakukan Korban sejumlah 37 ekor lembu dan 39 ekor kambing selain bantuan ubat-ubatan yang lain," katanya ketika dihubungi.

Husin berkata program rawatan kesihatan dan perubatan tersebut akan dikendali oleh dua orang doktor daripada pasukan AMAL, Dr Faizul Fazli dan Dr Shah Jehan dengan kerjasama doktor-doktor tempatan di sana dan akan turut dibantu oleh NGO utama iaitu Bangsamoro Development Agency (BDA)

"Masyarakat Islam Bangsamoro memerlukan bantuan doa, pakaian, ubat-ubatan dan makanan untuk meneruskan perjuangan menuntut hak mereka yang telah di rampas oleh Kerajaan Filipina.

"AMAL berharap lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil untuk menghulurkan derma dan membuat Aqiqah untuk masyarakat di sana. Program kita tidak terhad untuk Aidiladha sahaja bahkan akan terus ada aktiviti susulan," katanya.

Untuk menderma atau maklumat lanjut boleh mengubungi Pegawai AMAL Muhammad Faiz Mohd Nor di talian 017-2488130 atau layarai laman web AMAL di www.amalmalaysia.net. - Hrkh_

07 December 2008

"Pesanan Seorang Pejuang..."


Pesan As-Syahid Dr. Abdullah Azzam

As-syahid pernah berpesan, “Menghentikan jihad sejenak sama ertinya dengan menghentikan gerak laju deen Allah dalam kehidupan ini.”

Kata-kata as-syahid sudah tentunya bukan datang dari teori atau falsafah yang dipelajari dari mana-mana universiti atau pondok tetapi hasil pengalaman dan pengamalan beliau di medan jihad. Beliau terkenal dengan pengorbanannya di bumi Afghanistan menentang penjajahan Russia bersama-sama pejuang Mujahideen. Walaupun beliau mempunyai PhD dan pernah menjadi pensyarah, beliau meninggalkan segala-galanya untuk menyahut seruan Allah dan syurga yang menanti. Benarlah pendapat Sa’id Hawwa, jika ada rukun Islam keenam, jihad adalah yang paling layak menduduki tempat itu. Mungkin inilah yang difahami oleh as-syahid Abdullah Azzam.

Namun, hari ini kita lihat ramai pemuda-pemudi sudah tidak menghiraukan sama ada Islam dijadikan teras hidup atau sekadar hiasan di kad pengenalan diri. Jihad ditinggalkan, dunia dikejar. Apakah yang mereka tidak faham mengenai jihad? Ke mana hilangnya semangat jihad dalam diri pemuda dan pemudi Islam?

Jihad tidak boleh dipandang dalam skop yang kecil, malah perlu difahami bahawa terdapat banyak ruang untuk berjihad pada zaman serba moden ini. Jihad dengan tulisan, jihad mendidik anak-anak, jihad membina empayar perniagaan Islam dan banyak lagi. Jihad boleh menjelma dalam pelbagai sudut kehidupan asalkan kita mahu dan tahu bagaimana.

Jihad perlukan perancangan yang rapi, kerjasama yang ampuh, persefahaman yang jitu dan istiqomah dalam setiap gerak kerja. Jika jihad hanya bertakhta di hati tetapi anggota tidak pernah mengamalkan jihad, kita masih jauh dari matlamat. Oleh itu, umat Islam, khususnya pemuda dan pemudi, wajar menanamkan cita-cita untuk berjihad agar gerakan deen ini tidak berhenti. Setiap detik berharga. Setiap nafas diambil kira…

Salam EKSAH E UNTUK SEMUA,” Firman ALLAH: Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan” (Surah Ali Imran : 104)