Followers

29 December 2009

"Salam Perpisahan"


Sahabat Yang Dicintai..
Pejam celik mata kuyup ini genaplah 2 tahun lebih perkenalan aku bersama dengan berberapa orang sahabat yang akhirnya terpaksa berpisah demi menimba ilmu hidupan ‘’Latihan Industri’’ di suatu tempat yang jauh. Namun hakikat ini terpaksa ku telan walaupun terasa agak pahit berpisah dengan mereka-mereka yang selama ini telah banyak menuai bakti serta sumbangan bersama-sama di sabah. Sudah banyak program direncanakan. Sudah banyak ilmu dicurahkan. Sudah banyak kudrat tenaga dan wang ringgit telah di sumbangkan. Pahit manis berprogram masih segar diingatan ini. Namun demi untuk melaksanan misi dakwah mereka tetap teguh laksana tanggungjawab ini. Walaupun diri ini merasakan agak sedih untuk menghadapi ‘kondisi’ seperti ini, namun aku yakin dengan janji-janji dan ayat-ayat cinta ilahi yang dinukilkan “Golongan yang mendapat naungan ‘Arash ALLAH SWT Sahabat Yang Bertemu Dan Berpisah Hanya Kerana Allah SWT”. Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada insan yang cukup kerdil sekerdil-kerdil ini untuk terus istiqomoh dijalanNYA.
Sahabat..
Sepanjang mengenali kalian aku mersakan diri aku cukup bermakna, cukup dihargai, cukup gembira, cukup tenang menghadapi mehnah dan cabaran. Aku mula merasakan seperti terkena “Virus Ukhuwah” yang cukup didambakan oleh semua insan. Sebagai seorang pemimpin dikalangan sahabat, aku agak merasakan kehilangan individu-individu ini. Tak mampu untuk aku membohongi diri sendiri atau hanya sekadar untuk mengembirkan diri walau hakikat di ‘dalam’ ini cukup menggoncangkan perasaan berpisah dengan sahabat sekalian. Mungkin kehadiran kalian selepas Menjalani Praktikal pada bulan 7 nanti tidak lagi disinari gelak ketawa bersama dengan jenerasi ‘Batch’ Pengajian 3 tahun yang akan mengakhiri alam kampus pada bulan 5 nanti dan kemudiannya menjalani Latihan Industri, Seterusnya mengambil haluan tersendiri..Syahdu berombak didalam dada ini, namun hakikat hidup perlu diteruskan jua..
Tiada kalimah sempurna yang mampu aku ungkapkan melainkan kata-kata perindu buat semua sahabat-sahabat seperjuangan jauh nun disana. Semoga kalian sentiasa suksess dalam setiap bahagian. Seperkara lagi yang aku ingat peringatkan khusus buat diriku jua serta sahabat-sahabat yang lain, “Walau Jauh Mana Kita Pergi, Ingatlah Kita Pernah di Tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti atau berakhir wahai sahabat sekalian. Walau Sesibuk Mana Pun Kita, Jangan Lupa Tanggungjawab MUSLIM yang Pasti Akan Ditanya Kelak, Walaupun Sebebas Mana Pun Kita, jangan Lupa Kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah Milik Allah. Kita telah di “Didik” di Kampus. Gunakan ilmu yang ada untuk Benteng diri dan bantulah masyarakat. InsyALLAH semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kelak. Aku Mohon maaf sepanjang perkenalan singkat ini bersama-bersama kalian andai terlalu banyak kekhilafan & kesalahan yang dilakukan diri ini samada sedar atau tidak sedar. Tiada kata terbaik untuk aku coretkan kepada kalian melaingkan rasa kasih dan sayangku ku kepada sahabat-sahabat sekalian..Teruskan perjuangan kalian diseberang laut sana..Semoga pulang membawa sinar hidayah dibumi Sabah nanti..

Sahabatku teruskan perjuangan kalian;
Amirul,Hanafi,Haziq,Hidayah,Nad Kecik,Nad Besar,Kam, Fazlina,Zulaikha, Nadrah, Nurin juga sahabat-sahabat ssmp yang lain..


Salam Perindu Dari “Cinta Sang Mujahid”..
Abg Hairul.."Engkaulah Ilmuan terbilang, Jadi Sanjungan Sahabat Sekalian"

Abg Anuar Sang murabbi tabligh.."Motivasi Mu Cukup Terkesan"

Haziq perak.."Engkaulah PM Sek harapan,Moga Menjadi PM yang sebenar Dimasa Hadapan"..

Hanafi ups.."Bakat Mu Terselah Seperti Chef Wan"..

Amirul Ganu.."Imam Besar MasJidil Nur Eman"

Nad Besak.."Sifat Keibuan Mu Sungguh Mendalam"..

Nur Zulaikha.."Inspirasi Nasihat Mu Sungguh Didambakan "

Nadrah.."Kudrat Sumbangan Mu Dikenang Sepanjang Zaman"..


Nad Kecik & Kam.."Kalian Pencetus Semangat Muslimah Bornea"

Nurin.."Semangat Mu Berprogram Membakar Jiwa Para Amilin"

15 December 2009

SEJARAH EMPAT MAZHAB


Bukankah imam-imam mujtahid sendiri tidak pernah memaksa sesiapapun untuk mengikut mereka? Dan bukankah Imam Syafie sendiri mengatakan bahawa apabila sahih sesebuah hadis maka itulah mazhabku?

Menjawab persoalan ini, memang benar imam-imam mujtahid sama sekali tidak pernah memaksa murid mereka mengikut mazhab atau pendapat-pendapat yang mereka keluarkan. Tetapi harus diingatkan bahawa imam-imam mujtahid tersebut mempunyai anak murid yang sudahpun mencapai tahap mempunyai kelayakan dan kemampuan untuk membezakan antara dua dalil.

Jadi perkataan Imam Syafie misalnya ditujukan kepada Imam Muzani, perkataan Imam Abu Hanifah ditujukan kepada Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad.

Apabila Imam Syafie mengatakan bahawa, “Apabila sahih sesebuah hadis maka itulah mazhabku,” yang dimaksudkan ialah apabila sahih sesebuah hadis dan ia menepati usul yang telahku istinbatkan dari al-Quran dan sunnah maka itulah mazhabku. Ini dapat kita ketahui sekiranya kita mempelajari usul-usul dan kaedah istinbat yang ditetapkan oleh Imam Syafii rah.a sendiri.

Bukanlah sahih di sini bermakna sahih pada pandangan ahli-ahli hadis semata-mata. Sekiranya maksud Imam Syafie adalah seperti itu maka sudah tentu Imam Syafie akan mengatakan bahawa menyentuh wanita yang bukan mahram tidak akan membatalkan wudhu. Tetapi memandangkan terdapat dalil-dalil lain yang perlu diambil kira, maka langkah selamat ialah dengan mengatakan bahawa ianya membatalkan wudhuk.

Oleh itu, kita tidak boleh menganggap bahawa kesemua yang kita anggap sahih adalah mazhab Syafie melainkan kita sendiri sudah mencapai darjat Imam Muzani. Pun begitu tidak banyak fatwa Imam Syafie ditolak oleh pengikut beliau walaupun selepas kewafatannya.

Sekiranya maksud kalam Imam Syafie adalah seperti yang didakwa oleh mereka yang tidak bermazhab, sudah tentu pakar-pakar fiqah dan hadis seperti Imam Nawawi dan Hafiz ibnu Hajar akan mengubah fatwa mazhab Syafie kepada "yang lebih sahih." Tetapi hal sedemikian tidak terjadi dan menunjukkan bahawa maksud perkataan Imam Syafie bukanlah seperti yang mereka dakwa.

Imam Abu Hanifah sendiri misalnya tidak pernah memaksa Abu Yusuf mengikut mazhab beliau. Tetapi telah diriwayatkan pada satu ketika Imam Abu Yusuf telah melancarkan halaqah ilmunya sendiri, lalu Imam Abu Hanifah menghantar wakil untuk mengajukan beberapa soalan yang musykil kepada Imam Abu Yusuf sambil mengatakan kepada wakil tersebut sekiranya Abu Yusuf mengatakan "Ya" salah, dan sekiranya dia mengatakan "Tidak" pun salah. Akhirnya Imam Abu Yusuf kembali menghadirkan diri ke majlis Imam Abu Hanifah.

Tindakan Imam Abu Hanifah di atas bukanlah untuk memaksa Imam Abu Yusuf untuk bermazhab dengan mazhab Hanafi, tetapi untuk mengingatkan Imam Abu Yusuf bahawa beliau masih belum bersedia untuk mengemukakan ijtihad beliau sendiri walaupun beliau adalah anak murid Imam Abu Hanifah yang paling kanan.

Kesemua yang mempelajari sejarah tentu tahu bahawa Imam Abu Yusuf telah dilantik sebagai qadi besar empayar Abbasiah. Bukanlah calang-calang boleh menjadi ketua qadi pada zaman yang dipenuhi ilmuan-ilmuan berwibawa.

Mengapa hanya mengiktiraf empat mazhab dan tidak lebih?

Pada zaman Baginda s.a.w. para sahabat berpandukan ajaran yang mereka dapat secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Dan selepas kewafatan Baginda s.a.w. ramai sahabat yang bertaqlid dengan pendapat mereka-mereka yang rapat dengan Bagida s.a.w. seperti khalifah rashidin, Ibnu Mas’ud dan lain-lain. Namun selepas tersebarnya agama ke seluruh pelusuk alam sahabat berhijrah ke tanah-tanah yang dijajah demi untuk mengajar kepada saudara-saudara baru mengenai Islam.

Mereka menyampaikan apa yang mereka lihat dan dengar sendiri dari Baginda s.a.w. Dan bermulalah zaman penyebaran hadis, dengan tabi’in mula mengembara dan berjumpa dengan para sahabat demi untuk mendapat ajaran sunnah Baginda s.a.w. Demikianlah juga pada zaman tabi’-tabi’in. Ketika itu taqlid terhadap individu tertentu sudahpun berlaku.

Penduduk madinah misalnya banyak bertaqlid dengan pendapat Zaid bin Thabit yang juga adalah penulis wahyu rasulullah s.a.w. Penduduk Basrah dan Kufah bergantung dengan pendapat Ibnu Mas’ud. Penduduk Syam bertaqlid dengan Muadz bin Jabal r.a dan penduduk Makkah dengan Ibnu Zubair r.a. begitulah halnya ummat ketika itu memahami bahawa kita perlu mengikut amalan mereka-mereka yang jauh memahami sunnah baginda s.a.w.

Selepas zaman sahabat sehinggalah abad ketiga hijrah memang terdapat ribuan mujtahidin seluruh dunia. Imam-imam mujtahid seperti Abu Hanifah, Hasan Basri, Sufyan Thauri, Sufyan bin Uyainah, Syafie, Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal, Awza’i, Ishaq bin Rahwayh/Rahuyah dan lain-lain adalah di antara mereka-mereka yang mempunyai ramai pengikut dan muqallid.

Namun selepas abad keempat hanya tinggal beberapa mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafii, Hanbali, Awza’i, dan Zahiri. Mazhab-mazhab lain semakin sedikit pengikutnya memandangkan empat mazhab ini menjadi ikutan di kota-kota utama dunia Islam ketika itu. Hanafi dan Hanbali di Iraq, Maliki di Andalusia dan Afrika, Syafie di tanah Parsi dan di Mesir, Awza’i di tanah Syam dan hanya sebilangan kecil Zahiriyyah iaitu mereka-mereka yang bertaqlid dengan Daud az-Zhahiri.

Selepas abad kelima Awza’i dan Zahiriyyah juga lenyap walaupun pendapat mereka dibukukan oleh pengikut-pengikut mereka. Dan kekallah empat mazhab sehingga ke hari ini kerana masih mempunyai pengikut dan tradisi ini diamalkan zaman-berzaman. Ummah sejak dulu hingga kini berasa selesa dengan bertaqlid kerana mereka sedar ketidakmampuan mereka dalam berijtihad.

Dalam tempoh ummah mula bertaqlid iaitu sejak abad ketiga hijrah hingga kini terdapat ramai ulama hadis yang lahir seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Baihaqi, Tahawi, Daruqutni dan lain-lain yang mana ilmu mereka dalam bidang hadis dan agama tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Namun mereka sendiri berasa selesa dengan bertaqlid akan para imam.

Sesungguhnya bertaqlid dengan imam seperti yang dilakukan oleh jumhur ummah dan ulama adalah sesuatu yang amat mustahak lebih-lebih lagi pada masa kini yang penuh dengan kejahilan dan kekufuran. Mereka sudah memudahkan urusan ummah dalam segala segi dan bidang. Memilih untuk berijtihad sendiri dan meninggalkan ajaran mereka yang jauh lebih hebat dari kita adalah sama seperti meninggalkan Mann dan Salwa hanya semata-mata demi untuk mendapatkan timun dan bawang.

Dan Allah ta’ala jualah yang Maha Mengetahui.

Sumber Diambil Daripada Abdul Latif Rahbar (Harakah Daily.Net)

14 December 2009

"ASMA ALLAH"


"Asma Allah"


Album : Not In My Name
Munsyid : Sami Yusuf
http://liriknasyid.com



Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin


Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid


Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu
'minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami'
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra'uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa sh
ahbi Muhammad
Ya Mu
'mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da
fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur '
uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu
'izu a'izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du'aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bin
a