Followers

08 January 2009

Mehnah Tribulasi Pendakwah cilik di KAMPUS

Mehnah Tribulasi Pendakwah cilik di KAMPUS

YANG PERTAMA - Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya.

5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya!!
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

RINTANGAN PERTAMA:

ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA

Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati y
ang amat berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia tidak cepat kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi ‘Inayah dan Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad
dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”

(Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi:

“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim d
an sifat serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering.”
(Hadith riwayat Al-Tirmizi)

Para Du’at menyeru manusia ke jalan Al
lah Subhanahu Wata’ala, khasnya yang mendapat sambutan baik, yang cergas, yang masyhur dan berbakat sentiasa terdedah kepada cacian lidah orang-orang yang hasad serta tipu-daya mereka. Golongan tersebut merasa dengki pada ilmu dan kelebihan kelebihan yang ada pada para du’at. Mereka sentiasa mengintai dan menunggu-nunggu masa yang baik untuk mencetuskan pertembungan antara mereka dan menjatuhkan imej mereka.

Ibnu Mu’taz pernah berkata:

“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”

Dalam hubungan ini Allah Subhana
hu Wata’ala telah memerintahkan Nabi dan umatnya supaya berlindung dari bencana golongan pendengki.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:

“Katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Tuhan Yang
Menguasai Subuh, dan kejahatan makhluknya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dan kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. ”

(Surah Al-Falaq: Ayat 1-5)

Rasulullah sendiri melarang sifat
hasad dengki dan saling dengki mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling menimbulkan kebencian. Beliau juga melarang sifat saling membesar diri dan jebak menjebak antara satu sama lain.

"Golongan sekular juga tidak kurang dalam menyekat gerak kerja islam. Gologan mencampur adukkan perkara yang HAK dengan perkara yang BATIL dan inisiAtiF golongan sekularisma ini dengan mengaburi mata orang ramai untuk menampakkan integrasi perpaduan dengan mengadakan ruangan sedikit slot islamik seperti nasyid, bacaan alquran dan sebagainya didalam dalam program yang berbentuk sosial seperti tarian dan konsert yang bercampuran yang tiada garis panduan hiburan. Golong pendakwah yang menjadi sasaran pula dengan menerima tuduhan dan ancaman tertentu kononnya EXTRIMIST@ pelampau @ pendokong gerakan haram dan pelbagai tuduhan yang langsung tidak berasas"..to be continued next series..

04 January 2009

PERMULAAN BARU DIWARNAI DARAH

Ketika seluruh umat islam seluruh dunia sedang meraikan ketibaan tahun baru Hijrah, bumi Palestin sekali lagi dikejutkan dengan serangan berdarah. Ratusan orang terkorban dengan serangan membabi buta. Hanya kerana satu alasan, Israel mengganas bagai ingin melahap darah-darah rakyat palestin. Sesuatu yang amat kejam!!

Serangan ini dikatakan serangan yang terbesar semenjak 1967. Dengan kematian yang mencecah ratusan orang hampir setiap hari memungkinkan bumi Palestin akan mengikut jejak langkah bumi Iraq dan Afghanistan. Menjadi bumi padang jarak padang tekukur, bumi yang gersang.

Hakikatnya, hampir 300 000 jiwa rakyat Palestin syahid dihunjam peluru besi yang hanya mampu dibalas dengan batu. Jika tsunami yang mengorbankan ratusan ribu orang di Acheh dan beberapa Negara lain menjadi perhatian serta diberi bantuan setiap hari, apa kurangnya dengan bumi Palestin. Slogan kemanusiaan di laungkan di seluruh pelusuk dunia untuk mengumpulkan dana bagi mangsa tsunami. Namun bila Palestin menangis, saudara-saudara Arab yang kaya seperti menabur garam di atas luka. Menambahkan rasa pedih. Tambahan lagi, semuanya seakan berpeluk tubuh melihat kesengsaraan bumi saudara seislam mereka dicabul dengan serangan roket dan peluru berpandu. Di mana kesatuan ummah yang digembar-gemburkan??

Hosni Mubarak, Perdana Menteri Mesir beragama Islam ingin sekali menjadi seperti kembar siam Mustafa Kamal Attartuk. Jika Kamal Attartuk menghancurkan system khilafah, si Hosni pula bertindak membantu musuh zaman berzaman, Israel menyerang bumi Al-Quds. Islam makan Islam.

Selepas itu pula, Ehud Barak, Menteri Luar Israel seperti menjadi hero. Kononnya, serang Palestin untuk musnahkan HAMAS (Gerakan Pembebasan Palestin) namun si pengecut itu telah mengarahkan tentera Israel agar memusnahkan apa sahaja yang tersampai oleh senjata mereka. Begitu kejamnya Israel. Si anak menjadi yatim kehilangan ayah dan si isteri pula meratap menjadi balu suami yang syahid. Tanpa melihat ke belakang, si anak dan si isteri turut dibunuh.

Teringat pula dengan kenyataan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. “Ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu.”

Jika orang yang tidak memahami Islam boleh bertindak membela Palestin bumi para anbia’, apatah lagi kita ini yang telah dilahirkan ke dunia dengan nafas seorang Islam yang bersaksi dengan kalimah Syahadatain. Sanggupkah kita sekadar hanya berpeluk tubuh seperti negara-negara Arab yang cuma mampu bermesyuarat tanpa tindakan, tanpa inisiatif penyelesaian.

Ayuh saudaraku seislam! jangan hanya duduk diam BERPELUK TUBUH!!. Bantulah Palestin sedaya upaya kita walau dengan darah sekali pun. Darah mereka adalah darah kita, darah saudara seagama yang dizalimi oleh kufar. Mereka disakiti, maka kita yang harus bangkit menentang.

Sebelum ini, kita cuma membaca melalui sejarah berdarah yang pernah dirakamkan,pada suatu krtika dahulu, peristiwa ‘Sabra dan Shatila’ iaitu penyembelihan beramai-ramai manusia iaitu rakyat Palestin.

Namun kita masih berdiam diri. Entah dahi ini berkerut atau tidak. Pergi jahanam dengan Israel!!, pergi jahanam Zionis laknatullah!!!. Maka dengan peristiwa kekejaman zionis ini wajarlah kita selaku umat islam mencari alternative baru membantu membebaskan bumi palestin dari terus ditindas oleh kaum yang tak berperikemanusiaan. Apa ertinya kita duduk dengan senang lenang tatkala ketika itu jugalah saudara seakidah kita merana setiap hari meratap pemergian insan yang tersayang hari demi hari. Kini cita-cita mereka lebur di bumi sendiri tetapi semangat syahid dijalan ALLAH terus membara diiringi laungan takbir yang berkumandang memecah dentuman bom yang gugur satu demi satu. Ayuh para mujahid sekalian bangkitlah dari lena yang panjang, berjuanglah untuk palestin tercinta walau sekadar hanya kiriman doa…Amin

Penukil: Salman Abubakar Badrul.