Alhamdulillah, Ku panjatkan
Syukur pada MU ya Allah diatas Rahmat & Kasih Sayang MU yang tidak
terhingga. Selawat & salam Ku Hadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w diatas
Pengorbanan & Penat lelah baginda islam tersebar, berkembang dan terus berkembang
ke seluruh pelusuk dunia sehingga ke hari ini.
Kesempatan ruang & masa yang
ada ini, ingin Ku lakar sedikit nukilan warkah perkongsian pengalaman aku yang
menyambut ‘Eiduladha diperantauan buat pertama kali dalam sejarah hidupku.
Tidak
seperti Ku di Kampus UMS (2007-2010) dahulu , ‘Eidul adha pasti disambut di Kampung halaman Ku yang kebiasaannya jatuh semasa cuti semester (Cuti Panjang). Namun arus masa telah berubah, Kepadatan
aktiviti kerjaya melenyapkan harapankun untuk menyambut Family Day / Reunion
Keluarga Ayahnda Tuan Hj Salleh Hj Sulaiman pada 26/10/2012 yang lepas di Kota Bharu
Kelantan. Namun Aku bersyukur kerana aku tidak berseorangan disini. Aktiviti amal
islami yang cukup padat disini dapat mengurangkan rasa rindu kepada Kampung halaman yang berada
jauh diseberang sana.
Lembu yang Ke-3, dalam usaha untuk di tumbangkan
Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan juga peringatan untuk diri sendiri & para sahabat yang disayangi, 'EIDUL ADHA atau juga disebut sebagai Hari Raya Korban
ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji
ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan
kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang sudah cukup syarat untuk menunaikan
Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan
oleh Nabi Ibrahim a.s. diteruskan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka
yang susah.
Kalaulah sifat seperti ini
meresap kedalam Jiwa seluruh umat islam Aku yakin & percaya akan wujud satu
Ketenangan & Kedamaian dalam masyarakat. Serta akan mendekatkan jurang yang
memisahkan antara golongan yang kaya dgn
golongan miskin, golongan yang lemah
dengan yang Kuat, golongan pemimpin dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan
sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan,
seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang
memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya
mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada
pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:
"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah"
Alhamdulillah, Aku disini sempat bersama orang-orang Kampung dan jemaah sekitar Kawasan sepanggar Kota Kinabalu Sabah menjayakan Majlis Korban Hari Raya Eiduladha yang dianjurkan di Kampung Suam Perai Kota Kinabalu Sabah pada 27/10/2012 (Hari Raya Ke-2).
Walaupun sambutan di Kota Kinabalu tidaklah semeriah seperti di daerah yang bermajoriti Muslim seperti Kota Belud, Tawau, Sandakan dan sebagainya, namun penghayatan 'Eiduladha cukup dirasai & disemai didalam hati seluruh warga muslim yang meraikan bersama-sama. Tambahan pula, apabila kita dapat berkongsi sedikit sebanyak hasil daging korba kepada Golongan miskin, merupakan satu ketengan dalam diri "Peace of Mind", yang cukup bernilai melebihi wang ringgit.
Alhamdulillah dengan sambutan Hari Raya Haji ini juga aku dapat mengenali sosio budaya masyarakat disini serta mengeratka silaturahin dengan masyarakat tempatan sabah.
sekita jam 7-8 pagi upacar korban sapi/lembu berlangsung di Kampung Suam Perai Kota Kinabalu Sabah (Belakang 1Borneo) di rumah Tuan Mazlan. sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan sempena majllis korban ini.
Lembu-lembu hasil korban disumbangkan oleh ramai pihak, utk diagihkan kepada fakir2 miskim di kawasan sepanggar. Majoriti dikawasan Sepanggar Kota Kinabalu adalah muslim.
dengan hubungan silaturahim yang terjalin ini, mungkin akan menarik minat masyarakat terutama orang muda untuk mendekatkan lagi dengan Islam. Insyallah Allah tidak melihat hasilnya, tapi Usaha keraha untuk mengapai hasilnya.. (^_^)
Selaian warga Kampung Darau, aktiviti ini juga dihadiri oleh para pelajar di institusi pengajian yang berdekatan yang mana turut sama membantu menyiapkan Hidangan untuk dihidangkan keada kaum muslimin yang berhempas pula merebahkan 3 ekor lembu korban.
Operasi 'melapah' lembu yang ke3.
Sheikh Fawwaz Al-Kedahi ketua operasi 'Lapah'
Gotong royong menyediakan hidangan oleh Kuluarga Tuan Hj Mazlan, orang kuat Kg Suam Perai.
Antara menu hidangan sup bagi meraikan anggota "Penyembelih & Pelapah".. harap2 istilah betul lah yea...
Daging yang siap utk di agih-agihkan
Hasil daging korban ini diagihkan kepada penduduk muslim disekitar Kg Darau Manggatal & berberapa buah kampung terutama kepada golongan miskin.
Insan-insan yang berkerja bagi memenagkan islam tanpa meminta Habuan Ganjaran Wang Ringgit & Pangkat. "Anak Muda Geng Kita" .. (^_^)
Program tamat sekita jam 5pm. Bergambar Bersama anak Kecil Kampung Suam Rempai Kota Kinabalu Sabah. Insyallah suatu hari nanri bakal menjadi Dai'e hebat di Bumi Borneo..
Berlainan kisahnya di Rumah Ku, Hari Eiduladha kali ini merupakan sambutan Family Day (Gathering) Keluatga Tuan Hj Salleh Hj Sulaiman di Pantai Irama Bachok Kelantan.
Family Day Keluarga Tuan Haji Salleh Hj Sulaiman (26/10/2012)
Sempena hari raya eiduladha ini SEMUA saudara mara Kelluarga Tuan Hj Salleh & Pn Aziah Bt Mahmood Pulang & berkumpul bersama Keluarga.. Tapi hanya sorang yang x balik Raya huhu..
Apa pun tahniah Ku ucapkan, insyallah akan Ku beraya pada Tahun Hadapan sekiranya diizinkan Allah swt
Keluarga Tn Haji Salleh & Puan Hj Aziah Bt Mahmood. Bestnya buat Family Day (^_^)
Semua 10 Keluarga adek beradik (sorang tertinggal di Sabah) (^_^)
Barisan Menantu Lelaki.. (^_^)
Barisan Menantu Perempuan ..Bakal menantu x da lg..
Player No11 (Poksu Hey) takdok.. Nati poksu Balik bercuti Bulan Jan 2013 nanti after Pulang dari Trip Guangzhou China..
Insyallah (^_^)