Followers

27 October 2012

SAMBUTAN ‘EIDULADHA DI PERANTAUAN 2012” - PEMUDA SEPANGGAR KOTA KINABALU SABAH


Alhamdulillah, Ku panjatkan Syukur pada MU ya Allah diatas Rahmat & Kasih Sayang MU yang tidak terhingga. Selawat & salam Ku Hadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w diatas Pengorbanan & Penat lelah baginda islam tersebar, berkembang dan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia sehingga ke hari ini.

Kesempatan ruang & masa yang ada ini, ingin Ku lakar sedikit nukilan warkah perkongsian pengalaman aku yang menyambut ‘Eiduladha diperantauan buat pertama kali dalam sejarah hidupku. 


Tidak seperti Ku di Kampus UMS (2007-2010) dahulu , ‘Eidul adha pasti disambut di Kampung halaman Ku yang kebiasaannya jatuh semasa cuti semester (Cuti Panjang). Namun arus masa telah berubah, Kepadatan aktiviti kerjaya melenyapkan harapankun untuk menyambut Family Day / Reunion Keluarga Ayahnda Tuan Hj Salleh Hj Sulaiman pada 26/10/2012 yang lepas di Kota Bharu Kelantan. Namun Aku bersyukur kerana aku tidak berseorangan disini. Aktiviti amal islami yang cukup padat disini dapat mengurangkan rasa rindu kepada Kampung halaman yang berada jauh diseberang sana.

                                     Lembu yang Ke-3, dalam usaha untuk di tumbangkan

Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan juga peringatan untuk diri sendiri & para sahabat yang disayangi, 'EIDUL ADHA atau juga disebut sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang sudah cukup syarat untuk menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. diteruskan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Kalaulah sifat seperti ini meresap kedalam Jiwa seluruh umat islam Aku yakin & percaya akan wujud satu Ketenangan & Kedamaian dalam masyarakat. Serta akan mendekatkan jurang yang memisahkan antara golongan yang  kaya dgn golongan miskin,  golongan yang lemah dengan yang Kuat, golongan pemimpin dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

                 "Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah"

Alhamdulillah, Aku disini sempat bersama orang-orang Kampung dan jemaah sekitar Kawasan sepanggar Kota Kinabalu Sabah menjayakan Majlis Korban Hari Raya Eiduladha yang dianjurkan di Kampung Suam Perai Kota  Kinabalu Sabah pada 27/10/2012 (Hari Raya Ke-2).

Walaupun sambutan di Kota Kinabalu tidaklah semeriah seperti di daerah yang bermajoriti Muslim seperti Kota Belud, Tawau, Sandakan dan sebagainya, namun penghayatan 'Eiduladha cukup dirasai & disemai didalam hati seluruh warga muslim yang meraikan bersama-sama. Tambahan pula, apabila kita dapat berkongsi sedikit sebanyak hasil daging korba kepada Golongan miskin, merupakan satu ketengan dalam diri "Peace of Mind", yang cukup bernilai melebihi wang ringgit.

Alhamdulillah dengan sambutan Hari Raya Haji ini juga aku dapat mengenali sosio budaya masyarakat disini serta mengeratka silaturahin dengan masyarakat tempatan sabah.
sekita jam 7-8 pagi upacar korban sapi/lembu berlangsung di Kampung Suam Perai Kota Kinabalu Sabah (Belakang 1Borneo) di rumah Tuan Mazlan. sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan sempena majllis korban ini.

                           

Lembu-lembu hasil korban disumbangkan oleh ramai pihak, utk diagihkan kepada fakir2 miskim di kawasan sepanggar. Majoriti dikawasan Sepanggar Kota Kinabalu adalah muslim.

dengan hubungan silaturahim yang terjalin ini, mungkin akan menarik minat masyarakat terutama orang muda untuk mendekatkan lagi dengan Islam. Insyallah Allah tidak melihat hasilnya, tapi Usaha keraha untuk mengapai hasilnya.. (^_^)

Selaian warga Kampung Darau, aktiviti ini juga dihadiri oleh para pelajar di institusi pengajian yang berdekatan yang mana turut sama membantu menyiapkan Hidangan untuk dihidangkan keada kaum muslimin yang berhempas pula merebahkan 3 ekor lembu korban.

Operasi 'melapah' lembu yang ke3.

                                              Sheikh Fawwaz Al-Kedahi ketua operasi 'Lapah'

Gotong royong menyediakan hidangan oleh Kuluarga Tuan Hj Mazlan, orang kuat Kg Suam Perai.

 Antara menu hidangan sup bagi meraikan anggota "Penyembelih & Pelapah".. harap2 istilah betul lah yea...                  
                                             Daging yang siap utk di agih-agihkan

Hasil daging korban ini diagihkan kepada penduduk muslim disekitar Kg Darau Manggatal & berberapa buah kampung terutama kepada golongan miskin.



Insan-insan yang berkerja bagi memenagkan islam tanpa meminta Habuan Ganjaran Wang Ringgit & Pangkat. "Anak Muda Geng Kita" .. (^_^)

Program tamat sekita jam 5pm. Bergambar Bersama anak Kecil Kampung Suam Rempai Kota Kinabalu Sabah. Insyallah suatu hari nanri bakal menjadi Dai'e hebat di Bumi Borneo..

Berlainan kisahnya di Rumah Ku, Hari Eiduladha kali ini merupakan sambutan Family Day (Gathering) Keluatga Tuan Hj Salleh Hj Sulaiman di Pantai Irama Bachok Kelantan.

Family Day Keluarga Tuan Haji Salleh Hj Sulaiman (26/10/2012)

Sempena hari raya eiduladha ini SEMUA saudara mara Kelluarga Tuan Hj Salleh & Pn Aziah Bt Mahmood Pulang & berkumpul bersama Keluarga.. Tapi hanya sorang yang x balik Raya huhu.. 

Apa pun tahniah Ku ucapkan, insyallah akan Ku beraya pada Tahun Hadapan sekiranya diizinkan Allah swt
                
            Keluarga Tn Haji Salleh & Puan Hj Aziah Bt Mahmood. Bestnya buat Family Day (^_^)
                                   
                                Semua 10 Keluarga adek beradik (sorang tertinggal di Sabah) (^_^)
                   
Barisan Menantu Lelaki.. (^_^)


                                         Barisan Menantu Perempuan ..Bakal menantu x da lg..

Player No11 (Poksu Hey) takdok.. Nati poksu Balik bercuti Bulan Jan 2013 nanti after Pulang dari Trip Guangzhou China..          
                                                   Insyallah (^_^)

10 October 2012

GUGURNYA SEORANG PEJUANG MUDA




                Alhamdulillah Ku Panjat rasa Syukur Kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan utk berkongsi cerita pendek setelah sekian lama Blog Cinta Sang Mujahid 'Bersarang Labah-Labah'. Mungkin kesibukan aktiviti kerja serta pertukaran kehidupan ku dari Benua Daratan (Kelantan Tanah Air Ku) ke Kepulauan Borneo (Sabah) Insyallah Kalian, doakan ku T'habat  & Istiqamah dalam perjuangan ini..

                                                 
                                     Hamzah al Khateb
(Pejuang muda yang gugur angkara kekejaman rejim Bashar al Assad yang membaham musuh-musuhnya tanpa mengenal usia.)
Pernah kau pinta keluargamu
wang untuk si miskin itu
walau mereka menolak
(merekapun miskin juga)
namun kau terus mendesak
lalu keluarlah kata-kata
yang penuh keprihatinan
yang melimpah kasih insan
refleksi kebesaran jiwa
dari dedaun lidahmu
yang masih pucuk itu:
“Kita punya rumah dan makanan
sedang si miskin itu tak punya sesuatu.”
Namun di kubang haiwan
tempat kau dibenam kejam, untukmu
haiwan yang menerkam
kasih dan sayang itu 
tak pernah mereka tahu
kerana mereka adalah batu dan kayu
unggun neraka yang buta, pekak dan bisu.
Redup mata dan comel wajahmu
tak jaya membunuh kuman
yang meratah hati mereka
yang hanyir berbau.
Basah mata bapamu
kesedihan telah menghancurkan
hatinya selumat debu
tika menatap wajah terakhirmu.
Pemergianmu yang satu
baginya bak kehilangan anak seribu.
Sungguh 
aku cemburu dengan pemergianmu
dalam usia semuda itu
(kau baru 13 tahun tika itu)
kematian yang mulia
telah sudi mengangkat namamu
setinggi peterakna Hamzah Assadullah
kerana kau adalah Penghulu Syuhada’
sepertinya di Syurga Allah.
Sungguh
Hamzah al Khatib, anak ku
pengorbanan muliamu
adalah belati yang akan menghiris
kerongkong kekuasaan hitam
Bashar yang kejam.
Pasti!

Untuk mengetahui kisah anakanda as Syahid Hamzah al Khatib sila ke



"Tegakkan Jihad, Cintakan Syahid, Senyum Mujahid Menunu Syahid" 

26 January 2012

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL





UNTUK RENUNGAN  BERSAMA..

 








LANGKAH PECEGAHAN & PENYELESAIAN

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI AGEN ANDA..

STATUS:
WEALTH PLANNER

NAME:
MUHAMMAD NUR ILHAM BIN SALLEH

CONTACT NUMBER:
014-8733766

EMAIL:
mardhotillah_nur_iman@yahoo.com.my

HOME ADRESS:
5274-A, KAMPUNG SIREH JALAN SULTANAH ZAINAB, 15050 KOTA BHARU KELANTAN.

OFFICE ADRESS:
808, BLOCK B, PUSAT DAGANGAN PHILEO DAMANSARA 1, JALAN DAMANSARA, 46350 PETALING JAYA, SELANGOR.

TEL: 03-76667323

FAX03-76667325

BRANCH ADRESS:
TINGKAT 7, BANGUNAN KELANTAN TRADE CENTRE, SEKSYEN 14, JALAN BAYAM, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.

TEL09-7457858 (U.P MUHAMMAD NUR ILHAM SALLEH)


"Tinggalkan anak & isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
-Hadis Riwayat al-Bukhari.