Followers

17 October 2011

PESANAN AKHIR SEBELUM KE TALI GANTUNG



PESANAN AKHIR SEBELUM KE TALI GANTUNG..

Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku
Dan Kau Sirami Pusaraku Dengan Air Matamu
Maka Diatas Tulang-Tulangku Ini
Yang Hancur Luluh
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini
Dan..
Teruskan Perjalanan Ke Gerbang Jaya

Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan
Mendapat Kekasih Yang Sedang Merindu
Taman-Taman Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku
Burung-Burungnya Berkicau Riang Menyambutku
Bahagialah Hidupku Dialam Abadi

Saudara!
Puaka Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah Rohku Terbang Mendapat Rindunya

Janganlah Gentar Berkelana Dialam Abadi
Nun Disana Fajar Sedang Memancar..

(Ditulis Berberapa Ketika Sebelum Menemui Syahid...)
  -Assyahid Sayyid Qutb

-Assyahid Sayyid Qutb Pengarang Tafsir Fi Zilalil Quran.

“Wahai ayahku! Ku tujukan tulisan ini kepada rohmu. Aku masih kecil ketika engkau menanamkan ke dalam jiwaku rasa takut kepada hari akhirat. Tidak pernah engkau mengherdikku, namun engkau mempamerkan hidupmu didepanku. Hari akhirat menjadi perhitungan dan peringatanmu, dihati dan lidahmu. Engkau bersungguh menunaikan hak orang keatas mu, namun engkau berlebih kurang dengan hakmu keatas orang lain, kerana engkau takut kepada hari akhirat. Engkau memaafkan kesalahan orang, walau engkau mampu membalasnya, lantaran mengharapkan ia menjadi kifarat di Akhirat. Engkau selalu mengenetepikan keperluanmu agar mendapat ganjaran diAkhirat. Wajahmu terbayang diungatanku, setiap kali kita selesai makan malam, engkau membacakan Al-Fatihah dan engkau menujukan kepada roh kedua ibubapamu dinegeri akhirat. Dan kami anak-anak mu yang kecil turut bersamamu membacanya, terputus disana sini kerana kami masih belum menghafalnya” 
–Karya Assyahid Sayyid Qutb.








02 October 2011

IBU MELARANG ANAK MEMAKAI JILBAB (PURDAH)


Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian
di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.
Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2
meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua
dengan anaknya.

Anak   : Ibu..
Ibu : Hmmm ?
Anak : BU !
Ibu : APA ?
Anak : Mmm, Ibu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah..
            Ibu dengarlah ni !
Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk
         kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu
         sudah nak rabun...
Anak : Bu !
Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?
Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya
            pakai jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai
            jilbab. Boleh tak Bu..?
Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,Bu.
            Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...
Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya..